top of page

Cadangan Kerajaan PN selesai isu hutang, cetak wang - Rafizi



Penting pengundi yang akan memilih kerajaan di 6 negeri yang akan mengadakan pilihanraya pada Ogos ini melantik pemimpin yang bijak dan berwibawa dalam mentadbir negeri.


Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata hal itu bagi mengelakkan pemimpin mengeluarkan dasar penyelesaian 'merapu' menghadapi masalah pentadbiran negeri atau rakyat.


Beliau mengimbas, dalam usaha Kementeriannya untuk mengenalpasti perkara baik yang perlu diteruskan daripada kerajaan Perikatan Nasional, beliau terjumpa satu cadangan yang belum dilaksanakan, iaitu mencetak wang bagi membayar hutang negara berjumlah RM1.5 trilion.


Menurut Rafizi, istilah mencetak wang dalam keadaan Malaysia bukanlah kuasa ekonomi ialah menerbitkan bon dan berhutang kepada pemegang bon itu.


"Dia tak sedar cetak duit itu maknanya tambah hutang. Dia tak faham untuk kerajaan menambahkan wang dalam pasaran, maksudnya kerajaan akan menerbitkan bon atau kertas hutang. Bila terbitkan bon maka orang beli 'duit' itu.


"Kerajaan dapat duit tambahan maka boleh letak dalam bank, boleh pinjamkan kepada orang atau dengan tambahan terbitan bon itu boleh bina jalan lebih banyak.


"Tetapi (realitinya) cetak wang menambah hutang. Bayangkan bahlolnya cadangan cetak wang ini," katanya dalam ceramah Jelajah Madani Dun Sikamat, malam tadi.


Oleh itu, tegas Rafizi, Kerajaan Perpaduan mengenengahkan cara yang lebih bernas untuk memulihkan ekonomi negara dengan memperkenalkan polisi subsidi bersasar.


Langkah awal, katanya, adalah menghapus subsidi elektrik kepada sektor industri besar.


"Kita sasarkan subsidi kerana subsidi telah mencapai RM80 bilion setahun. Kalau terus diberi pukul rata, orang sepatutnya tak dapat, terus dapat maka ada risiko keciciran berlaku dan kerajaan pula terus berhutang serta mewariskan hutang ke generasi akan datang.


"Contohnya kilang besar yang banyak pakai elektrik pada kadar murah. Tak boleh begitu. Kamu dah buat banyak untung tibalah masanya kamu membayar pada kos yang ditanggung kerajaan untuk menyediakan elektrik


"Bila kita buat, tak ada kilang yang prostes pun. Akhirnya kita jimat RM6 - 8 bilion setahun," katanya.


Terdahulu dalam ceramahnya, Rafizi menasihatkan rakyat Negeri Sembilan agar tidak memilih berdasarkan emosi atau sentimen dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.


Sebaliknya, beliau berkata mereka perlu berfikiran secara terbuka dan berasaskan fakta supaya tidak mengulangi nasib rakyat United Kingdom (UK) yang tersilap dalam polisi Brexit sedekad lalu, apabila mereka memilih mengeluarkan UK daripada Kesatuan Eropah (EU).


"Kalau kita ikuti perkembangan antarabanagsa tahun 2010 - 2012 antara perbalahan besar di UK adalah kedudukan dalam Kesatuan Eropah yang disebut Brexit.


"Parti Konservatif masa itu seperti PN sekarang. Mereka kata kalau kita kekal dalam EU pendatang asing akan banyak datang, pendatang Islam akan bina lebih banyak masjid. Di sebelah kerajaan parti Buruh pula mempertahankan UK dalam EU kerana nadi ekonomi UK bergantung kepada pasaran tunggal Eropah.


"Sentimen dan emosi dimainkan berkali kali, tak keluar EU hancur kita, rakyat merempat. Benda yang biasa kita dengar di Malaysia sekarang. Akhirnya bila dibuat referendum rakyat termakan emosi mengambil pendirian keluar daripada EU.


"Bila UK keluar keadaan ekonomi negara itu antara yang paling teruk antara negara maju. Mereka tukar 5 PM dalam 6 tahun tetapi masalah ekonomi tak selesai. Sekarang ini bila tanya penduduk UK, rata rata kata kami menyesal. Kalau kami dulu tak emosi buat keputusan, kami tentu tak buat keputusan keluar EU," katanya.


Pada waktu ini - kata Rafizi yang pernah menuntut dan bekerja selepas mendapat ijazah di negara itu - UK merupakan negara maju paling terjejas dalam krisis tenaga apabila berlaku perang Rusia - Ukraine kerana tidak lagi dilindungi sistem kewangan EU.


Oleh itu, katanya, anak muda yang bakal ke peti undi sekali lagi dalam PRN kali ini seharusnya mengubah pendirian mengundi pemimpin yang lebih bijaksana dalam menguruskan negeri.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page