top of page

Kerajaan PN jangan main wayang, hukum berat pemandu mabuk


Angkatan Muda KEADILAN Kedah memandang serius kes-kes yang melibatkan pemandu mabuk sehingga menyebabkan kematian atau kecederaan parah dalam kemalangan jalan raya. Terbaharu, kematian seorang anggota polis Koperal Safwan Mohamad Ismail yang maut dirempuh ketika bertugas di sekatan jalan raya Plaza Tol Selatan Lebuhraya LEKAS di Kajang wajar dijadikan alasan mempercepat pindaan undang-undang agar pemadu mabuk dihukum lebih keras. Menurut Ketua AMK Kedah, Mohammed Firdaus Johari, kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang lantang menempelak isu pemandu mabuk ketika negara diperintah Pakatan Harapan sepatutnya tampil segera dengan pindaan undang-undang sebelum lebih banyak rakyat menjadi mangsa. "Ini bukanlah kejadian pertama yang berlaku. Kita dipaparkan dengan berita melibatkan kematian akibat pemandu mabuk dan pemandu lumba haram tetapi mereka masih tidak serik dengan kejadian tersebut. "Tiba masanya kerajaan memandang serius isu ini. Kerajaan wajib mengetatkan undang-undang. Saya mendesak agar Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dipinda bagi meningkatkan hukuman. "Ketika ini, hukuman Seksyen 41 (Akta Pengangkutan Jalan 1987) memperuntukkan penjara minimum 2 tahun serta maksimum 10 tahun dan denda tidak melebihi RM20,000. "Saya mencadangkan hukuman terhadap pemandu mabuk dan pesalah jalan raya yang menyebabkan kematian ini ditingkatkan kepada minimum penjara 5 tahun dan maksimum penjara seumur hidup. Manakala denda tidak melebihi RM200,000 dan bayaran denda dijadikan pampasan kepada waris ahli keluarga mangsa," kata Firdaus dalam satu kenyataan. Selain itu, beliau menggesa lesen memandu pemandu mabuk wajib digantung seumur hidup. Menurut Firdaus, hukuman paling berat itu perlu dilaksanakan supaya memberikan pengajaran kepada pesalah dan juga kepada orang ramai supaya tidak memandang ringan hukuman memandu ketika mabuk. Menurut Firdaus lagi, hukuman memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kematian harus dilihat dari sudut kesalahan membunuh tanpa niat. Kerajaan PN, katanya, wajib meletakkan kepentingan rakyat dan orang awam sebagai keutamaan dan membawa pindaan Rang Undang-Undang (RUU) tersebut apabila Parlimen bersidang kelak.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page