top of page

Kerajaan PH Plus: Prinsip, Agenda Ekonomi Rakyat Masih Dirunding


DS Anwar menyatakan keputusan muktamat pembentukan kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) Plus belum boleh dibuat setelah meneliti beberapa perkara.


Katanya, PH telah membuat keputusan tetapi perlu mendapat persetujuan daripada parti-parti lain seperti Warisan dan paksi Tun Mahathir.


Namun yang penting adalah PH memperjuangkan agenda perubahan ekonomi rakyat serta tatakelola yang baik. Lebih baik daripada yang pernah dilakukan PH sebelum ini.


Biar pun PH mahu mempercepatkan proses membuat keputusan namun pelanggaran hukum dan kebobrokan yang berlaku sekarang, pembebasan kleptokrat, melepaskan kolongan kaya dan mendera golongan kecil perlu diberi perhatian mendalam.


Perubahan tidak perlu disegerakan jika mengorbankan prinsip. Perubahan mesti dengan maksud kepedulian masalah rakyat. Iaitu perubahan yang akan memberi keyakinan kepada pelabur menanam modal dan menjana ekonomi.


Mengenai perletakan jawatan Tan Sri Wan Zul di Petronas, selepas tiga puluh tahun mengangkat kedudukan syarikat petroleum itu ke tahap antarabangsa dan diiktiraf dunia, pengunduran beliau merupakan kehilangan besar.


Kebimbangan utama adalah pengurusan Petronas yang ditinggalkan dalam keadaan kemelesetan ekonomi. Perletakan jawatan Jalil Rasheed di PNB akibat tekana politik juga menjadi isu besar. Berapa bilion ringgit dan saham Bumiputera yang lesap selama ini.


Apabila ada anak muda punyai kelayakan dan kewibawaan serta tidak dapat berkompromi dengan cadangan mengambil kepentingan PNB oleh karajaan Perikatan Nasional maka beliau berundur, merupakan sesuatu yang malang buat negara.


Tindakan itu memberi mesej, jika anda seorang teknokrat tulin maka anda akan terpaksa berkompromi dengan tokoh politik dan berakhir dengan meletak jawatan. Hal ini memburukkan persepsi pelabur asing terhadap institusi negara


Isu bil elektrik melambung menjadi kemarahan rakyat kebelakangan ini. Ironinya bayaran elaun pengerusi TNB pula lumayan, iaitu RM30,000 sebulan. Kalau lihat pendapatan pengerusi sebelum ini, Tan Sri Leo Moggie hampir RM1 juta setahun. Bersamaan RM73,000 sebulan elaun dan kemudahan tambahan.


Rakyat mengeluh, bil sebulan RM200 naik RM700 sebulan tetapi pengerusi TNB bergaji lumayan. Dalam hal ini DS Anwar menyeru agar TNB melanjutkan tempoh bayaran dan kaji semula kadar tarif dengan maksud menurunkan kadar elektrik dikenakan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page