Formula Kerajaan Perpaduan Lebih Baik Hadapi Cabaran Global
- Abdul Rahim Razak

- Apr 20
- 1 min read
Formula Kerajaan Perpaduan Lebih Baik Hadapi Cabaran Global
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan & Industri (MITI) Sim Tze Tzin yang juga Pengarah Strategi KEADILAN berkata, dalam suasana global yang mencabar, Malaysia membuktikan bahawa formula Kerajaan Perpaduan yang inklusif mampu menjamin kestabilan dan kesejahteraan rakyat.
Cabaran ekonomi dan politik dunia serta krisis tenaga menunjukkan bahawa pendekatan menyeluruh merangkumi semua lapisan masyarakat serta pengurusan ekonomi seimbang menghasilkan kestabilan sebenar.
Dalam masa yang sama kelemahan pembangkang, khususnya Perikatan Nasional semakin jelas apabila mereka gagal menawarkan idea atau penyelesaian membina selain kritikan berterusan tanpa cadangan konkrit memperlihatkan kegagalan untuk menyemak dan imbang, sekaligus menguatkan hujah bahawa pembangkang semakin hilang arah dan sokongan.




Comments