top of page

Kerajaan Negeri bawa pelaburan bernilai tinggi ke Hulu Selangor

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read

Kerajaan Selangor terus berusaha memastikan pembangunan negeri dapat dirasai di semua daerah di negeri itu.


Exco Pelaburan Ng Sze Han (gambar) berkata, komitmen itu diterjemah dengan kewujudan 1,300 peluang pekerjaan baharu di Hulu Selangor susulan perjanjian usahasama dimeterai antara Berjaya Property Bhd dan firma dari China, Wanli Tire Co Ltd.


Perjanjisan usahasama itu bagi membangunkan sebuah kilang pembuatan tayar automotif di daerah berkenaan dengan 80 peratus peluang pekerjaan khususnya dalam sektor pekerja mahir akan diisi penduduk tempatan.


"Ada yang bertanya mengapa kami membawa pelaburan besar ke daerah di luar bandar. Jawapan kami ialah pembangunan di Selangor tidak dikhaskan untuk pusat bandar sahaja.


"Pelaburan mesti sampai. Begitu juga dengan faedahnya, dalam pekerjaan tempatan, perniagaan tempatan dan rantaian bekalan tempatan. Bagi penduduk Hulu Selangor, ini hanyalah permulaan," katanya dipetik laporan media.


Terdahulu beliau hadir menyaksikan majlis pemeteraian perjanjian itu di sebuah hotel di Kuala Lumpur.


Sze Han sementara itu berkata pembinaan kilang itu bukan sekadar menawarkan peluang pekerjaan, malah mengukuhkan kedudukan Selangor sebagai hab serantau bagi industri komponen automotif.


Sebelum ini, beliau yang juga Ahli Dewan Negeri (ADN) Kinrara memaklumkan Hulu Selangor bakal menerima pelaburan baharu melebihi RM1.6 bilion termasuk projek pembuatan bahan untuk bateri litium oleh XTC New Energy.


Projek berimpak tinggi tersebut dijangka memperkukuh pembangunan ekonomi di koridor utara negeri Selangor itu.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page