top of page

'Kerajaan kekal kadar faedah rendah, rakyat dielak terbeban'



Oleh: Abdullah Zaid


Kadar faedah Malaysia yang rendah merupakan punca utama nilai ringgit mengalami kejatuhan sejak setahun lalu.


Namun Kadar Dasar Semalam (OPR) pada paras 3.0% itu dan merupakan yang terendah di Asia Tenggara telah menyelamatkan jutaan rakyat daripada membayar faedah atau bunga pinjaman bank yang tinggi sehingga menyukarkan kehidupan pasca pandemik Covid 19.


Menurut Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang, Abshar Nurasyraf, sebarang Kerajaan Madani telah bertindak bijak dengan tidak menaikkan kadar faedah yang membebankan rakyat namun telah sengaja disalahtafsir oleh pembangkang sebagai kelemahan dasar ekonomi negara.


"Apabila berlaku kenaikan OPR, bayaran bulanan kepada pihak bank juga akan naik.


"Ia sudah pasti akan menyukarkan kehidupan rakyat yang bergelut untuk membayar pinjaman mereka," katanya kepada Suara Keadilan.


Tegas Abshar, Kerajaan Madani sentiasa memastikan polisi ekonomi yang menguntungkan rakyat terbanyak berbanding sesetengah pihak yang menggunakan barangan import atau melakukan perjalanan keluar negara mengeluh mengenai kejatuhan nilai ringgit.


"Kenaikan OPR pasti akan memberi kesan kepada gaji rakyat terbanyak, dan sudah tentu perbelanjaan harian bagi makanan dan anak-anak mereka akan terjejas," katanya lagi.


Terdahulu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berpandangan cadangan menaikkan OPR tidak sesuai ketika ini kerana akan memberi kesan langsung kepada rakyat.


Malah Jurucakap Kerajaan Perpaduan itu mengulangi pendirian Perdana Menteri bahawa sebarang keputusan kenaikan OPR boleh menjejaskan perekonomian rakyat meskipun beliau berkata keputusan berhubung OPR itu adalah bidang kuasa Bank Negara Malaysia berdasarkan keperluan semasa.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page