top of page

Kerajaan ikut peraturan, Pembangkang jangan kelirukan isu kalimah Allah



Pembangkang digesa untuk tidak terus mengelirukan rakyat dalam isu penggunaan kalimah Allah terhadap bukan Islam.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH - Tambun) berkata demikian ketika mengulas tindakan Ahli parlimen Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (PN - Tanjung Karang) yang menusulkan agar PM dihadap ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana memberi jawapan mengelirukan di dewan berhubung isu kalimah Allah.


"Kenyataan itu kalau baca betul, mengelirukan. (Isu kalimah Allah) memang dirujuk kepada Yang di-Pertuan Agong. Kali kedua sebelum kabinet buat keputusan saya menelefon YDP Agong, 7 Feb di hadapan Jemaah Menteri saya telefon YDP Agong tentang keputusan baharu nak merujuk kepada Majlis Raja Raja dalam soal pindaan.


"Yang kita kata soal kalimah Allah, yang saya jawab (Ahli Parlimen) Bagan Serai itu betul. Iaitu merujuk kepada Agong, tetapi keputusan itu ialah kita nak tarik baik peraturan Kementerian Dalam Negeri yang menetapkan tentang peraturan membolehkan import barang dilarang mengikut keutusan Majlis Raja Raja," katanya dalam sesi jawab pertanyaan Menteri pada sidang sebelah pagi.


Menurut PM, terdapat dua isu berbeza yang 'disekalikan' oleh pembangkang dan mengelirukan rakyat.


Katanya, pertama ialah rayuan kes mahkamah yang ditarik balik oleh Kementerian Dalam Negeri kerana kes yang lemah.


Kedua adalah tindakan kerajaan untuk memastikan Arahan Pentadbiran yang bertentangan dengan keputusan Majlis Raja Raja diperbetulkan melalui pindaan bagi mengelakkan kes sama berulang pada masa hadapan.


Oleh itu, katanya beliau menghadap Sultan Selangor dan kemudian mendapat nasihat agar perkara itu dibawa kepada Majlis Kemajuan Islam terlebih dahulu untuk diperkemaskan


"Yang saya menghadap Sultan Selangor itu bukan keputusan lama, Tanjung Karang kena faham. Apa Sultan Selangor sebut iaitu soal perakuan kabinet tentang tidak membolehkan Allah diguna di Semenanjung diperkenan, kemudian kelonggaran untuk Sabah dan Sarawak saya jelaskan.


"Oleh kerana ada pindaan, Tuanku memberi pandangan sebaiknya pindaan yang nak dicadangkan itu dibawa dulu kepada Majlis Kemajuan Islam supaya Tuanku sendiri mempersembahkan kepada Majlis Raja Raja. Apa bertentangan?


"Pertama kenyataan dirujuk kepada rayuan kepada mahkamah yang ditarik. Kedua pindaan yang kita rujuk semula kepada Majlis Raja Raja tentang pindaan.


"Baginda menyebut tidak difikirkan ada masalah kerana keputusan itu akan memperakui keputusan Raja Raja Melayu terdahulu dan memperkemas supaya tidak ada kekeliruan," katanya lagi.


Sebelum itu, Tanjong Karang membangkitkan usul yang beliau hantar untuk merujuk Tambun ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.


Beliau mendakwa Tambun telah menjawab dengan sewenang wenangnya kerana berdasarakan titah Sultan Selangor perkara kalimah Allah belum dirujuk dan dibincang bersama Raja Raja Melayu, Sultan Selangor akan membawa isu itu ke Majlis Raja Raja.


* Kredit foto: Jabatan Penerangan Malaysia


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page