top of page

Kerajaan beri galakan besar bidang sains, teknologi tarik pelaburan asing



Malaysia mempunyai pekerja berbakat (talent) yang terdiri daripada pelbagai bidang dalam menarik pelaburan asing ke negara ini.


Hal itu dinyatakan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Chang Lih Kang dalam wawancara bersama stesen penyiar Astro Awani, malam tadi.


Menurut beliau, kelebihan tersebut akan dipertingkatkan lagi dengan dorongan kerajaan terutamanya dalam bidang Penyelidikan dan Pembangunan (R&D).


"Dari segi usaha memikat pelabur asing saya rasa Malaysia ada kekuatan memikat pelabur asing. Walaupun negara jiran kita saya fikir ada kekuatan dari segi satu aspek tetapi dari segi keseluruhannya Malaysia ada kekuatan, termasuk satu sistem sokongan yang stabil, kita ada ekosistem untuk bisnes yang stabil dan kita juga sudah menunjukkan bahawa pelabur yang masuk ke sini akan dapat banyak insentif dari kerajaan. Sebagai contoh pengecualian cukai dan lain lain.


"Malaysia ini boleh mendapat pelaburan bersifat capital intensive dan bukan labour intensive. kita ada kekuatan dari segi itu. N Negara kita ada bakat yang pelbagai. Ada negara yang mempunyai bakat di satu satu sektor, tetapi negara kita ada bakat pelbagai. Maka saya rasa boleh Malaysia dijadikan destinasi (utama) pelabur asing," katanya.



Lih Kang juga menyentuh mengenai peruntukan yang diberi dalam Belanjawan 2023 kepada bidang berkaitan teknologi yang meningkat sehingga RM1 bilion dan menunjukkan kerajaan amat faham keperluan R&D untuk memastikan negara tidak kalah dalam persaingan teknologi dan inovasi dengan negara negara Asia Tenggara lain, terutama dalam menarik pelaburan.


"Bila kita tengok bajet yang dibentangkan Perdana Menteri, bajet untuk MOSTI ini telah bertambah daripada RM900 juta lebih kepada RM1.1 bilion. Saya rasa itu paling penting.


"Sains dan teknologi penting kepada negara tetapi ambil masa yang panjang (untuk melihat hasilnya), sukar untuk mendapatkan hasil yang baik atau pencapaian dalam jangka pendek.


"Pemimpin negara kena tahu bahawa ini penting. Apa yang saya nampak PM kita memang faham kepentingan sains dan teknologi. Kalau mahukan Malaysia pulih ekonomi dengan rancak, perlu ada industri yang adopted teknologi dalam industri mereka. Tanpa ada R&D ini 10 atau 20 tahun pun kita tidak akan capai negara maju," katanya.


Bagaimanapun, Lih Kang mengakui cabaran besar yang dihadapi MOSTI apabila pekerja dalam bidang sains, teknologi atau kejuruteraan dan sebagainya tidak mendapat bayaran gaji lumayan, dan semakin kurang pelajar mahu meneruskan pengajian dalam bidang berkenaan. Termasuk masalah tenaga mahir sedia ada berhijarah ke negara lain.


"Sebenarnya apabila saya dilantik menjadi menteri MOSTI, antara pemerhatian yang saya nampak adalah kurangnya orang menceburi sains dan teknologi termasuk kejuruteraan.


"Saya rasa industri akan salahkan talent kita tidak dapat memenuhi keperluan industri. Talent kita pula akan salahkan industri kerana gaji kita tak cukup tinggi. Saya rasa untuk menyelesaikan masalah ini perlu melibatkan semua pihak.


"Pertama memang universti kita perlu menghasilkan bakal jurutera atau saintis yang boleh memenuhi keperluan industri sebab kalau apa yang kita latih ini bukan yang diperlukan industri maka industri tidak akan membayar gaji mencukupi. Tetapi pada masa sama, industri juga perlu menghargai bakat kita.


"Sebab kalau mereka tidak dapat dari talent yang ada dalam negara maka kita akan alami brain drain (talent berhijrah). Saya juga faham apa yang berlaku hari ini ada berkaitan dengan polisi industri kita sebelum ini, kerana kita menarik pelabur asing masuk tetapi tidak kira adakah bersifat labour atau capital intensive.


"Banyak yang masuk bergantung pada buruh dan tidak (memerlukan pekerja) berkemahiran tinggi. Maka mereka tidak menghargai pelajar sains yang lebih berkemahiran. Akhirnya mereka (talent) keluar negara kerana banyak peluang. Kerajaan juga perlu mainkan peranan penting (dalam hal ini) menggalakkan ekosistem (sains dan inovasi)," katanya lagi.





0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page