top of page

Kerajaan bentang Akta Keterjaminan Makanan di Parlimen tahun depan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 hour ago
  • 1 min read

Akta Keterjaminan Makanan Negara dijangka akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada tahun depan.


Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Mohamad Sabu (gambar) berkata, akta tersebut bertujuan memperkukuh jaminan bekalan serta keterjaminan makanan negara itu kini sedang diperincikan sebelum dibawa untuk kelulusan.


"Akta Keterjaminan Makanan kita sedang gubal sekarang dan ia dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, dan kita sedang bincang insya-Allah tahun depan akan dikemukakan.


"InsyaAllah, akta ini akan dibentangkan di Parlimen pada tahun depan," katanya dipetik laporan media tempatan.


Mohamad Sabu berkata begitu kepada pemberita selepas hadir merasmikan program Road To Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 di Kompleks Pandamaran, di Klang pada Sabtu.


Media sebelum ini melaporkan penggubalan akta tersebut perlu disegerakan bagi memastikan bekalan makanan negara terjamin susulan ancaman fenomena El Nino dan perubahan iklim yang berisiko mengancam sektor pengeluaran makanan tempatan.

Akta tersebut berupaya memastikan negara mempunyai sistem amaran awal, pelan kesiapsiagaan automatik serta mekanisme penyaluran bantuan yang lebih berkesan kepada sektor pengeluaran makanan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page