top of page

Kerajaan bela pekerja p-hailing, jangan politikkan isu - AMK



Pembangkang dan pihak yang tidak bertanggungjawab digesa untuk tidak mempolitikan isu pengurangan kadar bayaran bagi penunggang p-hailing dari syarikat Grabfood yang mendapati kadar bayaran mereka merosot berbanding dengan sebelumnya.


Menurut Pengarah Strategi Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia, Bryan Ng Yih Miin, biar pun isu penetapan upah tersebut merupakan hal di antara syarikat dan pekerja, namun kerajaan sedang melakukan beberapa perundingan mengenainya untuk memastikan keseluruhan nasib pekerja p-hailing di negara ini terpelihara.


"Untuk makluman semua pihak, Kerajaan Madani telah mengambil inisiatif progresif dengan mengadakan perjumpaan bersama syarikat p-hailing dan NGO penunggang p-hailing dan progres terkini adalah perbincangan bersama pihak Kementerian Sumber Manusia berada pada peringkat protem.


"Kami (AMK) menggesa kementerian kementerian yang terlibat agar mempercepatkan proses ini dalam usaha memastikan keterjaminan masa depan ‘rider P-hailing’ di Malaysia," katanya dalam kenyataan petang tadi.



Mengenai tindakan perusahaan yang diambil pekerja seperti melancarkan mogok pada 19 Januari lalu bermula jam 7 pagi hingga 12 malam, kata Bryan Ng, hal itu berlaku apabila syarikat terbabit tidak mengadakan rundingan terlebih dahulu dengan para penunggang walaupun sebelum ini Grabfood sering menggelar mereka sebagai "partner" atau "rakan pekongsi".


"(Dalam hal ini) AMK sekali lagi ingin menegaskan bahawa sebarang perubahan yang memberi impak kepada kepentingan penunggang perlu dibincangkan dan dirunding bersama para penunggang, terutamanya yang melibatkan kadar bayaran yang memberi impak langsung kepada kehidupan mereka.


"Pentingnya ketelusan dan keadilan dalam hubungan syarikat bersama penunggang ditekankan. Grabfood perlu menjalankan tanggungjawab mereka sebagai majikan yang prihatin dalam usaha memastikan kebajikan ‘rider’ terjamin dan bukan hanya

menitikberatkan keuntungan sebagai pemain industri," katanya.


Manakala tohmahan Ketua Pemuda Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad bahawa pengurusan Grab di bawah Kementerian Kewangan ditempelak Bryan Ng.


"AMK telah bertahun tahun dalam memperjuangkan hak hak penunggang p-hailing dan kami mengecam tindakan hipokrit Wan Ahmad Fahysal yang jelas menunggang isu ini tanpa menyemak fakta sebenar demi kepentingan politik," katanya lagi.


Untuk rekod, pengunggang p-hailing telah mengadakan tindakan perusahaan pada 19 Januari lalu bermula jam 7 pagi hingga 12 malam.


hal itu terjadi kerana pihak syarikat didakwa telah mengurangkan bayaran daripada RM 4.50 kepada RM 3.50 sahaja.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page