top of page

Kerajaan bakal lancar DPN 2.0 pada suku ketiga 2024



Dasar Pengguna Negara (DPN) 2.0 yang telah ditambah baik akan dilancarkan serentak dengan Pelan Tindakan Kepenggunaan 2030 (PTK) bertujuan untuk memperkukuh agenda kepenggunaan di Malaysia.


Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Armizan Mohd Ali bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Sesi Dialog Prakarsa Pendayaupayaan Pengguna di Putrajaya pada Selasa berkata, selepas lebih dua dekad dilancarkan,wujud keperluan untuk dasar itu ditambah baik dengan mengambil kira situasi perkembangan ekonomi, tuntutan semasa dan keperluan agenda kepenggunaan yang lebih bersifat holistik.


DPN 2.0 yang dijangka dilancarkan suku ketiga tahun ini dirangka berteraskan tiga perkara iaitu partisipasi rakyat, perundangan dan penguatkuasaan serta pendidikan nilai kepenggunaan.


"Kita mahu DPN ini kelak bukan hanya merupakan satu dasar kerajaan tetapi merupakan dasar yang akan digerakkan secara keseluruhan negara, ia juga milik kepada badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak berkepentingan supaya mereka dapat bergerak bersama-sama kerajaan dan KPDN menjayakan dan melaksanakan dasar ini.


"Kita ingin membuat anjakan yang selama ini bersifat perlindungan pengguna kepada daya ketahanan pengguna," katanya dipetik.


Mengulas lanjut, Armizan berkata DPN 2.0 turut merangkumi usaha menambah baik aspek perundangan supaya dapat melindungi hak dan daya ketahanan pengguna.


"Contohnya aspek yang pernah dibangkitkan ialah ‘Lemon Law’ iaitu remedi untuk pembeli kereta dan barangan pengguna lain dalam mengimbangi produk yang berulang kali gagal memenuhi standard kualiti serta prestasi.


"Kita juga akan melihat dari aspek e-dagang dan kecerdasan buatan (AI) kerana banyak perubahan dari aspek asas ekonomi, bukan sahaja di negara ini, malah dunia," katanya sambil pihaknya kini sedang giat melaksanakan libat urus dengan pelbagai pihak khususnya pihak berkepentingan termasuk NGO, wakil media dan pemain industri bagi menambah baik kerangka draf DPN 2.0.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page