top of page

Kerajaan akan gubal undang-undang anti-Ali Baba



Kerajaan bakal memperkenal undang-undang anti-Ali Baba tidak lama lagi, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.


Melalui satu hantaran di platform X, Rafizi menjelaskan undang-undang itu bagi membolehkan tindakan diambil terhadap rakyat tempatan yang “menyewakan” lesen perniagaan kepada pekerja asing.


Tambahnya, lambakan pekerja asing apabila negara terlalu bergantung kepada mereka terutama bagi sektor 3D (kotor, bahaya dan sukar) di negara ini telah menyebabkan situasi “Ali Baba” semakin berleluasa.


"Bila pekerja asing dah ramai, orang kita pula pergi sewakan dan bagi lesen (dengan cara Ali Baba) untuk mereka buat perniagaan


"Akta anti-Ali Baba akan membolehkan tindakan diambil kepada rakyat Malaysia (yang) meng-Ali Baba-kan lesen dan lain-lain kepada pekerja asing tanpa menepati syarat-syarat," katanya di platform X.


Julai lepas, Perdana Menteri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata kerajaan dalam proses merangka dasar anti-Ali Baba bagi menangani kesan negatif budaya itu terhadap ekonomi.


Dalam serbuan pihak berkuasa terhadap pendatang tanpa izin di Jalan Silang, Kuala Lumpur Khamis lalu mendapati banyak lesen penduduk tempatan telah digunakan warga asing untuk berniaga.


Selain menyewakan lesen kepada warga asing, budaya ini turut membabitkan kegiatan “menjual” kontrak diperoleh mereka kepada pihak lain untuk mengaut keuntungan menerusi pembayaran komisen.


Rafizi sementara itu berkata, kerajaan akan mengambil langkah mengurangkan kehadiran buruh asing dalam negara adalah dengan menetapkan sasaran pengurangan pekerja sedemikian secara berperingkat menjelang 2030.


"Kementerian Ekonomi yang merangka Rancangan Malaysia akan memuktamadkan sasaran pengurangan pekerja asing secara berperingkat menjelang 2030," katanya

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page