top of page

Kerajaan abai amaran Jabatan Alam Sekitar soal tapak pelupusan Lynas?


Kerajaan digesa supaya memberi penjelasan segera berhubung kebenaran untuk membina tapak pelupusan kekal sisa radioaktif milik Lynas di Bukit Ketam, Pahang.


ADUN Semambu, Lee Chean Chung berkata ini berdasarkan jawapan bertulis sidang Dewan Undangan Negeri Pahang apabila Jabatan Alam Sekitar memberitahu kepada kerajaan negeri Pahang bahawa permohonan lokasi untuk dijadikan tapak pelupusan kekal sisa radioaktif mempunyai risiko untuk mencemarkan sumber air daerah Kuantan.


Katanya, jawapan bertulis tersebut jelas menyatakan bahawa tempat yang dicadangkan untuk pembinaan tapak pelupusan kekal tersebut iaitu Bukit Ketam mempunyai Sungai Ara yang melalui kawasan tersebut dan akan mengalir ke Sungai Kuantan melalui sungai Riau.


Malah katanya, Jabatan Alam Sekitar menekankan bahawa Sungai Kuantan menjadi lokasi pengambilan air untuk Loji Rawatan Semambu yang memberi perkhidmatan air untuk 781,100 pengguna, sekali gus akan menjejaskan keselamatan dan qualiti sumber air sekiranya projek ini dilaksanakan.


"Ini juga bermaksud bahawa Hulu Sungai Kuantan mempunyai satu bom masa yang seluas 84 ekar dan akan meletup pada bila-bila masa. Jika risiko yang diutarakan oleh Jabatan Alam Sekitar itu wujud, 1.49 juta ton sisa radioaktif yang ditanam akan sentiasa membahayakan keselamatan dan kesihatan jutaan penduduk di daerah Kuantan dan sekitarnya.


"Saya berasa terkejut kenapa kerajaan negeri Pahang dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi tidak menjawab atau terus mengabaikan maklum balas yang telah dikemukakan oleh Jabatan Alam Sekitar.


"Jabatan Alam Sekitar sebagai agensi kerajaan telah mengutarakan risiko berkenaan seawal 4 Mei 2020 tetapi kenapa YB Khairy dan YB Datuk Seri Wan Rosdy masih terus membenarkan Lynas membina tapak pelupusan sisa radioaktif di Bukit Ketam? Adakah benar mereka melangkaui agensi kerajaan?" soalnya.


Pada masa sama, Lee berpandangan tindakan kerajaan memperuntukkan sejumlah RM115 juta duit rakyat untuk membina jalan raya baharu untuk menghubung jalan raya sedia ada dengan Bukit Ketam untuk pihak Lynas menghantar sisa radioaktif adalah tidak munasabah.


"Jabatan Kerja Raya menganggarkan bahawa kos untuk setiap 1 km adalah sebanyak RM 23 juta, jika anggaran jarak Bukit Ketam sehingga jalan raya yang terdekat adalah 5km, pembinaan jalan yang baharu perlu membazir RM115 juta duit rakyat.


"Ia adalah sangat tidak masuk akal untuk menggunakan duit rakyat untuk membina jalan raya bagi menghantar sisa radioaktif yang akan membahayakan keselamatan dan kesihatan rakyat," katanya.


Justeru, Lee yang juga Bendahari Agung KEADILAN menggesa kerajaan untuk menghentikan sebarang permohonan untuk membina tapak pelupusan kekal sisa radioaktif di Bukit Ketam dan meminta Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) mengkaji semula kesesuaian tapak tersebut.


"Jika tiada tempat yang sesuai di Malaysia, pihak Lynas mempunyai kewajipan untuk menghantar sisa tersebut keluar daripada tanah air Malaysia," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page