Keputusan tubuh Majlis Penatua KEADILAN Sarawak secara konsensus, persiapan menuju PRN



Majlis Penatua (Council of Elders) KEADILAN Sarawak menolak pendapat Profesor James Chin yang disiarkan Borneo Post baru-baru ini kononnya parti itu menubuhkan Council of Elders (COE) kerana tidak dapat mencari pengganti bekas Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri, Larry Sng yang telah melompat.


Menurut kenyataan Majlis Penatua, keputusan menubuhkan majlis tersebut dibuat secara konsensus dan praktikal memandangkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak semakin hampir dan tiada kena mengena dengan kegagalan mencari pengganti Larry.


"KEADILAN Sarawak menyangkal dapatan James Chin mengatakan kami tidak dapat mencari pengganti Larry Sng kerana keputusan untuk menubuhkan COE adalah secara konsensus. Bermakna KEADILAN Sarawak tidak mementingkan individu tetapi kumpulan atau team yang akan bekerja berpasukan dan membuat keputusan secara kolektif.


"Malah, semasa YB Larry Sng mengetuai, keputusan yang dibuat pun adalah secara kolektif. Maka ini diteruskan sahaja oleh Majlis Penatua.


"Walau bagaimanapun, James Chin mengakui KEADILAN Sarawak tidak mempunyai cukup masa membina parti sebelum PRN Sarawak. Justeru itu KEADILAN tidak mahu membuang masa dengan mengadakan pemilihan dan perlantikan Penerusi MPN tetapi terus bergerak dengan komposisi yang sedia ada tanpa wujudnya individu pemimpin dilantik sebagai Pengerusi MPN.


"Cukup dengan kepimpinan pemimpin-pemimpin senior dalam COE yang diketuai Timbalan Pengerusi MPN dan ahli-ahli yang lain untuk memimpin KEADILAN Sarawak. Apa yang penting adalah KEADILAN terus bergerak sebagai satu pasukan," kata Majlis Penatua dalam satu kenyataan.


Menurut majlis itu lagi, KEADILAN Sarawak juga menyangkal dapatan bahawa parti itu berada di dalam kemelut politik baru-baru ini. Sangkalan ini adalah berlandaskan pemimpin yang keluar parti mempunyai alasan peribadi tersendiri. Sedangkan di dalam organisasi tidak ada apa-apa pertengkaran atau perselisihan yangh berlaku sepanjang kepimpinan Larry Sng.


"Malah keputusan beliau untuk meninggalkan parti pun dibawa berbincang dengan agak panjang lebar sebelum beliau keluar pada 28 Februari 2021," kata kenyataan itu.


Mengenai tempoh berkuatkuasa Majlis Penatua, kenyataan itu membayangkan hayatnya tidak lama. Majlis ditubuhkan sebagai pentadbir sementara dan akan dibubarkan pada masa yang sesuai selepas pilihan raya atau pemilihan parti KEADILAN akan datang. Selepas itu, Pengerusi MPN baharu akan dilantik.


Bagi persiapan PRN pula, KEADILAN Sarawak yakin akan mempertahankan kerusi-kerusi sedia ada dan mengintai peluang untuk menang beberapa kerusi baharu.


"Kerusi-kerusi yang telah dimenangi selama ini akan dipertahankan. Keyakinan ini berlandaskan kepada sokongan rakyat yang bencikan pengkhianatan dan politik pentingkan diri. Malah KEADILAN Sarawak yakin menambah kerusi pada PRN akan datang.


"Untuk komen James Chin mengatakan KEADILAN Sarawak tidak dapat mengalahkan atau “membunuh” (secara politik) pengkhianat, hal itu adalah terlalu awal.


"Tetapi KEADILAN Sarawak percaya kepada kebijaksanaan pengundi untuk menilai sama ada pengundi bersetuju dengan perbuatan pengkianatan atau lompat parti? Masa akan menentukan. KEADILAN Sarawak menyerahkannya kepada pengundi.


"Apa yang menjadi tumpuan KEADILAN Sarawak dan COE adalah terus memperjuangkan rakyat Sarawak. Di mana semua Cabang KEADILAN sedang sedaya upaya membela dan bekerja kuat untuk rakyat yang tertindas selama ini," kata kenyataan itu lagi.


Buat masa ini, KEADILAN Sarawak giat membantu mangsa-mangsa banjir, kesukaran penghuni rumah panjang akibat Covid 19 dan musim menyediakan air minum untuk rakyat menghadapi musim kemarau.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER