top of page

Kenyataan Hamzah SPRM diperalat PH keterlaluan - Syed Ibrahim



Kenyataan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin semalam bahawa pembekuan akaun parti dan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas parti tersebut sebagai satu usaha Pakatan Harapan (PH) untuk membunuh kredibiliti politik dianggap keterlaluan.


Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh berkata dakwaan seperti itu tidak sepatutnya dilempar oleh bekas Menteri Dalam Negeri yang faham mengenai prosedur siasatan agensi penguatkuasaan.


"Saya baca komen Setiausaha Agung Bersatu. Saya lihat penyataan dia pada perenggan awal bagus, maknanya dia sedia beri kerjasama dan dia faham itu sebahagian daripada siasatan.


"Tetapi dakwaan bahawa SPRM diperalatkan, saya rasa ini tidak menggambarkan sedia bekerjasama dan terbuka untuk siasatan.


"Sebelum ini saya rasa mereka sentiasa sebut bahawa tidak ada bukti yang menunjukkan (kewangan) disalahguna. Sekarang siasatan dijalankan, janganlah sebut SPRM diperalatkan," katanya kepada Suara Keadilan.


Menurut Syed Ibrahim lagi, dengan ungkapan berkenaan jelas Hamzah hanyalah ahli politik yang mahu menggunakan naratif bahawa PN sebagai mangsa, dan itulah juga naratif yang sering diketengahkan oleh PN sejak bergelar pembangkang.


Katanya, siasatan dalam keadaan sekarang merupakan sesuatu yang baik kerana boleh membuktikan tidak berlakunya penyelewengan. Sekiranya berlaku, kata beliau, maka perkara tersebut boleh dijadikan pengajaran kepada mana mana parti politik.


"Saya rasa biarlah siasatan dijalankan. Kalau betul tak ada masalah maknanya dia boleh teruskan dengan aktiviti dia. Tak ada timbul lagi dakwaan atau pun sindiran kepada pihak mereka.


"Saya rasa sampai masa kita beri peluang kepada proses perundangan itu berjalan.


"Kita nak pastikan supaya perkara ini kalau benar berlaku, jangan berluang pada masa depan," katanya.


Sebelum ini SPRM mengesahkan akaun Bersatu dibekukan. SPRM juga telah memulakan siasatan terhadap RM92.5 bilion dana rangsangan pandemik Covid 19 yang didakwa telah diselewengkan ketika Bersatu merupakan parti utama dalam kerajaan.


Pada awal Januari, SPRM menahan seorang ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat swasta sebagai suspek dalam siasatannya.


Ketua pegawai eksekutif itu disyaki menjadi orang tengah dalam pengagihan projek kerajaan di bawah pakej rangsangan ekonomi antara 2020 dan 2022.


Suspek itu kemudiannya ternyata seorang ketua bahagian Bersatu.


Semalam Hamzah melahirkan rasa kesal kononnya kerajaan PH-BN menjadikan agensi kerajaan sebagai alat untuk mencapai matlamat politik bagi membunuh kredibiliti Bersatu dan Perikatan Nasional bagi menutup kelemahan dan kegagalan Kerajaan Perpaduan.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page