top of page

Kenapa tolak usul bahas harga barang, orang susah nak hidup - Anwar



Keputusan Speaker Dewan Rakyat semalam menolak usul membahaskan mengenai kenaikan harga barang dan kejatuhan nilai matawang ringgit dikecam Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Menurutnya, usul harga barang keperluan tidak wajar ditolak memandangkan rakyat dalam kesusahan untuk meneruskan hidup.


"Saya minta Mail (Ismail) bentangkan usul harga barang, masalah ini lebih penting daripada elaun Menteri dan lain lain. Orang nak hidup. Minta perbahasan.


"Kedua berkait soal jatuh nilai ringgit. Saya dah tahu jawapannya. Kalau PM tak setuju bagi saya bawa usul untuk bahas.


"Saya bawa usul tadi, Tan Sri Speaker ikut arahan, YB Port Dickson tak terima (dibahaskan usul). Jadi saya bangun orang Bandar Tun razak, orang B40, guru sekolah rendah, pekerja kilang, buruh kasar nak kita sebagai wakil rakyat bawa usul harga barang.


"Yang tak nak usul ni korporat besar, Umno, Bersatu, Pas," katanya dalam ceramah di Bandar Tun Razak malam tadi.


Mengenai Ahli Parlimen Bandar Tun Razak yang mengkhianati kepercayaan rakyat, Anwar meminta maaf kepada pengundi kerana tersalah pilih Datuk Kamaruddin Jaafar yang dianggapnya pemimpin bermaruah.


"(Rakyat) sokong KEDILAN dan Pakatan Harapan sebab apa? Nak jamin masa depan anak anak. Sekolah lebih baik, perubatan, hospital lebih baik tak payah tunggu 6 - 7 bulan buat appoinment.


"Lantik lantik lompat, lesing kang


"Itu pengajaran kita juga. Sebab itu saya jumpa kawan kawan, kita solat Jumaat (mereka kata) jangan ambil kaki lompat. Mana aku tahu. Masa itu jangan bimbang Datuk Seri, wallahi.


"Kali ini kita tidak boleh buat silap. Salah saya juga, saya bersetuju walaupun Azizah presiden dia sain watikah (pilihan raya umum 2018)," katanya lagi.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page