top of page

Kemukakan kaedah baharu selesai konflik Myanmar

Updated: Mar 21, 2023



Negara negara ASEAN perlu meneroka kaedah baharu penyelesaian konflik di Mynamar.


Ahli Parlimen Lee Chean Chung (PH - Petaling Jaya) berkata, negara ASEAN tidak boleh lagi terikat dengan 5 point consensus yang tidak dihormati pihak junta tentera Myanmar yang merampas kuasa 2 tahun lalu.


"Saya cadangkan negara ASEAN termasuk Malaysia menyedari 5 point consensus telah gagal dan junta bukan rakan kongsi yang boleh dipercayai.


"ASEAN perlu mengabaikan 5 point consensus sekarang dan berunding perjanjian yang baru berkaitan krisis Myanmar dengan NUG (National Unity Government) dan wakil EAOs (kumpulan pejuang). Perjanjian baru memerlukan mekanisme penguatkuasaan," katanya dalam sesi Dewan Rakyat.


Beliau turut mencadangkan Wakil Khas ASEAN ke Myanmar diberi full time position dan wakil itu hendaklah dilantik oleh semua negara ASEAN berbanding amalan sekarang pengerusinya silih berganti


"Juga memberi perlindungan undang undang kepada pelarian Myanmar termasuk Rohingya dan kumpulan lain yang dari kekejaman tentara.


"Kita bukan perlukan penyelesaian dasar dari Kementerian Luar Negara tetapi satu penyelesaian politik dengan keazaman yang kuat dari kalangan kita," katanya.


Selain itu Chean Chung juga mengingatkan bahawa sejak konflik tercetus antara penunjuk perasaan aman dan pihak tentera 2,371 nyawa telah terkorban


"Konflik bersenjata juga semakin sengit sejak rampasan kuasa. Junta telah membunuh orang awam dengan serangan darat, udara dan taktik lain.


"Kanak kanak dan wanita menghadapi tahap keganasan seksual yang meningkat sejak rampasan kuasa. Lebih meruncingkan ekonomi yang merudum menyebakan wanita menjadi mangsa pemerdagangan manusia," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page