top of page

Kemiskinan tegar boleh hapus jika hapus penyelewengan



Miskin tegar boleh dihapus sekiranya kekayaan tidak dibenar berlegar dalam kalangan elit penguasa.


Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH - Tambun) mempersoalkan kenyataan beberapa Ahli Parlimen pembangkang bahawa kemiskinan tegar tidak boleh dihapus kerana Islam telah mewujudkan institusi zakat untuk menanganinya.


Kata Anwar, fakta itu salah kerana pada era pemerintahan Khalifah Umar Abd Aziz terdapat catatan sejarah menunjukkan bahawa tiada kemiskinan tegar berlaku pada waktu itu.


"Menyatakan pandangan dalam Islam tidak ada maksud untuk menokhtahkan kemiskinan tegar kerana dikaitkan dengan zakat, saya fikir harus YB menelaah lagi.


"Tanggungjawab kita ialah pastikan pengagihan kekayaan itu dapat dimanfaatkan oleh segolongan besar. Jangan kekayaan itu berlegar di kalangan kecil elit penguasa sahaja. Dan bila berlegar di kalangan itu undang undang dan badan penguatkuasaan itu memihak kepada mereka (yang merompak), seolah olah tiada penguatkuasaan.


"(Contoh) zaman khalifah Umar Abd Aziz kita tahu ini (tiada kemiskinan tegar) berlaku. Dalam 2 tahun 3 bulan, dengan pengurusan yang baik, misalnya khalifah tidak salah guna kuasa itu menyebabkan boleh.


"Saya ingatkan tentang riwayat Yahya bin Said, seorang gabenor di zaman khalifah Umar Abd Aziz. "Saya pernah diutus Umar untuk memungut zakat ke Afrika. Saya niat memberikannya kepada fakir namun tidak saya jumpa siapa pun kerana mereka terlepas dari golongan fakir." Bagaimana YB dari parti yang membicarakan soal Islam mengatakan ini tidak mungkin.


"Yang perlu ialah tekad kita, banyak inisiatif, bukan sahaja inisitaif Rahmah, Inisiatif Pendapatan Rakyat yang dijalankan meluas. Selain kerajaan dan kementerian, saya minta GLC, GLIC, NGO untuk memastikan program ini berjalan supaya mereka terlepas (dari miskin tegar) bukan sahaja tahun ini tetapi tahun berikutnya," katanya dalam sesi penggulungan Belanjawan 2023 Peringkat Dasar di Dewan Rakyat, petang tadi.


Sebelum itu, Anwar tegas menyatakan tanpa penyelewengan dan rasuah serta tatakelola baik maka dana negara akan cukup untuk membantu rakyat.


Untuk rekod, hujah kemiskinan tidak boleh dihapuskan boleh dianggap recycle hujah Pas pada 1990an lalu apabila Menteri Kewangan ketika itu Datuk Seri Anwar melaksanakan pendekatan membasmi kemiskinan. Setelah 30 tahun dan berganti wakil rakyat kepada yang lebih muda, hujah pemimpin Pas masih sama.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page