top of page

Kementerian wujud program khas, dapatkan pandangan rakyat - Fahmi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Dec 13, 2023
  • 1 min read


Oleh: Abdullah Zaid


Kementerian Komunikasi akan mewujudkan satu program bagi mendapatkan maklum balas daripada rakyat mengenai dasar yang dilaksana Kerajaan Perpaduan sepanjang mentadbir negara.


Menteri Komunikasi, Ahmad Fahmi Fadzil berkata, program itu dibuat selaras dengan hasrat Perdana Menteri yang mahukan 'participatory democracy' (demokrasi penyertaan) disertai oleh rakyat.


"Kementerian ini akan berusaha menyediakan satu format sama ada melalui aplikasi atau agensi yang akan ditentukan kemudian untuk membantu usaha memungut suara, mendapatkan pandangan rakyat berkaitan isu semasa termasuk dasar, keputusan ataupun program kerajaan.


"Ini selaras hasrat Perdana Menteri memastikan ke depan, rakyat lebih terbabit dan beri peluang kepada rakyat untuk berikan pandangan dalam sama ada pembentukan dasar atau dari segi pelaksanaan program atau aktiviti kerajaan," katanya menerusi sidang media, hari ini.


Beliau berkata demikian selepas menghadiri mesyuarat Jemaah Menteri yang turut membincangkan rombakan Kabinet dan perubahan fungsi beberapa kementerian.


Sementara itu, menyentuh pemisahan Kementerian Komunikasi dan Kementerian Digital, Fahmi memaklumkan Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR), Jabatan Penerangan (JaPen), Jabatan Penyiaran, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan MyCreative Ventures dikekalkan di bawah kementeriannya.

.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page