top of page

Kementerian Kewangan sahkan Nurul Izzah difitnah



Oleh: Noraini Nordin


ULASAN BERITA: Nurul Izzah difitnah lagi. Begitulah yang boleh dirumuskan setelah dokumen tular yang bertebaran beberapa hari lalu di media sosial disahkan fitnah oleh Kementerian Kewangan (MOF) .


MOF dalam kenyataan melalui platform Facebook hari ini akhirnya tampil menafikan dokumen yang mendakwa mantan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dibayar sebanyak RM35,000 sebulan sebagai Penasihat kepada Agensi Pelaksanaan Ekonomi dan Koordinasi Strategik Nasional (Laksana).


Dokumen tular tidak wujud


Kementerian itu menerusi kenyataan berkata, surat yang ditularkan di media sosial adalah fitnah semata-mata.


"Dokumen perjanjian yang ditularkan itu merupakan sebuah draf tawaran yang tidak sah," kata MOF hari ini.


MOF seterusnya menjelaskan, perjanjian yang sah dan telah ditandatangani oleh Nurul Izzah adalah untuk memberi khidmat nasihat kepada Laksana secara ‘pro bono’ atau tanpa mengambil imbuhan kewangan mahupun sebarang faedah, seperti yang telah dimaklum kepada umum.


Sebelum ini, tukar dokumen di media sosial yang menyatakan Nurul Izzah yang juga Naib Presiden KEADILAN dibayar sebanyak RM35,000 oleh Laksana.


Dua individu lain turut dikaitkan menerima bayaran daripada Laksana - seorang RM20,000 sebulan dan seorang lagi RM5,000 sebulan.


Tindakan undang undang


Nurul Izzah yang turut menerima kiriman dokumen berkenaan lantas menyatakannya sebagai fitnah, malah menyatakan peguamnya akan mengmbil tindakan susulan yang sewajarnya kepada mereka menabur fitnah berkenaan.


Justeru, tindakan Naib Presiden KEADILAN membuat laporan berkaitan fitnah itu adalah sangat tepat.


Individu yang menyebarkan berita fitnah wajar diambil tindakan tegas berlandaskan undang-undang negara.

_______________________________________________________________________________

Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page