top of page

Kelab Perempuan Membaca diperluas ke seluruh negara - Fadhlina

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
7 hours ago
1 min read
DS Fadhlina menghadiri Pertemuan Kelab Perempuan Membaca Siri Kedua di Kuala Lumpur, semalam
DS Fadhlina menghadiri Pertemuan Kelab Perempuan Membaca Siri Kedua di Kuala Lumpur, semalam

Inisiatif Kelab Perempuan Membaca bakal diperluas ke seluruh negara secara berperingkat menerusi penganjuran jelajah dari negeri ke negeri.


Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata budaya membaca perlu terus dipupuk kerana ia bukan sahaja memperluas pengetahuan, malah membina pemikiran kritis serta membentuk keyakinan wanita untuk menyumbang kepada keluarga, masyarakat dan negara.


Sehubungan itu, beliau berharap peluasan inisiatif tersebut dapat memperkukuh budaya membaca, memperkaya wacana intelektual, serta melahirkan lebih ramai wanita berilmu dan berdaya fikir.


"Kelab Perempuan Membaca menyediakan platform santai kepada wanita daripada pelbagai peringkat usia untuk berkongsi bahan bacaan, pengalaman serta pandangan mengenai isu yang berkaitan dengan kehidupan dan masyarakat.


"Saya bangga melihat komitmen berterusan para peserta sejak siri pertama dan kedua. Saya berharap kelab membaca ini terus berkembang, manakala perancangan kita seterusnya adalah untuk bergerak dari negeri ke negeri," katanya dipetik laporan media.


Beliau berkata begitu selepas menghadiri Pertemuan Kelab Perempuan Membaca Siri Kedua bertemakan “Perempuan Dalam Sejarah” di ibu negara, semalam.


Pertemuan kali kedua itu turut diserikan dengan kehadiran Sasterawan Negara ke-13, Datuk Dr Zurinah Hassan serta 30 pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Pudu.


Inisiatif Kelab Perempuan Membaca dicetuskan oleh Fadhlina untuk menggalakkan interaksi antara generasi melalui perkongsian buku dan pengalaman, sekali gus membina komuniti pembaca wanita yang lebih luas di seluruh negara.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page