top of page

Kekecohan pemilihan di Port Dickson hanya salah faham



Kekecohan pemilihan KEADILAN 2022 yang berlaku di Port Dickson, Negeri Sembilan sebagaimana laporan media tidaklah begitu tepat dalam merujuk keadaan sebenar.


Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Dr Zaliha Mustafa, kekecohan itu hakikatnya hanya salah faham dalam peraturan melantik pengawas di pusat pemilihan.


Katanya, timbul salah faham bahawa seseorang pengawas tidak boleh mempunyai saudara mara di kawasan mereka bertugas.


"Kalau tanya Port Dickson, ada sedikit salah faham. Di antaranya, pengawas kita orang tempatan yang ada saudara mara di sana.


"Saya nak beritahu bila kita membuat lantikan ke atas pengawas, kita memang seboleh mungkin memilih dari kalangan penduduk tempatan kerana dari segi logistik mudah (untuk bertugas)


"Dia menawarkan diri menjadi pengawas, kita syarat dia bukan anggota parti. Kita berbesar hati letak dia di Port Dickson untuk memudahkan. Agak mustahil kita memastikan kamu dari Port Dickson, kamu ada saudara mara orang KEADILAN, ada saudara yang jadi calon atau tidak?


"Ini mustahil kita nak bertanya kepada semua pengawas kita. Bagi saya kalau ada keadaan yang kita terlepas pandang, maka kita boleh buat keputusan di situ.


Salah faham di Port Dickson bukan masalah besar namun diprovokasi sehingga menimbulkan kecoh

"Di Jelebu kita terima aduan pengawas ada kaitan dengan calon. Kalau dalam keadaan itu saya bagi koordinator negeri secara detail melihat aduan tersebut. Kalau terbukti ada hubungan, kita putus batalkan lantikan itu. JPP boleh ambil tindakan waktu itu juga. Itu kita boleh buat," katanya


Selain itu, kata Dr Zaliha, berlaku juga sedikit salah faham berhubung lokasi pondok panas yang mengikut peraturan baharu yang perlu dibina dalam jarak 200 meter daripada pusat pengundian.


"Pondok panas (peraturan baru) tidak boleh dibuat dalam 200 meter dari pagar dewan. Tetapi tidak semua orang baca kerana itu peraturan baru. Ada kes di beberapa negeri JPP arah untuk angkat khemah untuk anjak ke tempat lain," katanya lagi.


Bagaimanapun, tegas Dr Zaliha, setiap aduan yang dihantar ke JPP perlulah mempunyai bukti yang jelas agar tindakan mudah diambil dan tidak boleh berdasarkan khabar angin atau percakapan dari mulut ke mulut.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page