top of page

Kebajikan penunggang, pemandu e-hailing harus dibela dengan lebih baik



Perkhidmatan e-hailing yang semakin mendapat tumpuan di negara ini seharusnya dilindungi para penumpang dan pemandunya secara komprehensif dalam undang undang buruh negara.


Hal itu kerana rakyat mula beralih kepada sektor pekerjaan gig tersebut dan kajian World Bank pada tahun 2019 menunjukkan hampir 28% daripada tenaga kerja Malaysia terlibat dalam sektor berkenaan.


Menurut calon Ahli Majlis Pimpinan Angkatan Muda KEADILAN, Bryan Ng Yih Miin, dengan banyaknya pemandu dalam sektor berkenaan maka undang undang yang sempurna perlulah diwujudkan bagi melindungi mereka dari pelbagai risiko termasuk kemalangan jalan raya.


"Walaupun risiko yang dihadapi tinggi, kebajikan golongan ini masih dipandang enteng dan tidak diberikan perhatian yang khusus oleh kerajaan. Misalnya, mereka tidak diberikan caruman yang sewajarnya dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) atau dikenali sebagai SOCSO.


"Sebagai contoh, syarikat e-hailing seperti Grab hanya memberikan sumbangan KWSP oleh majikan sebanyak 5% sahaja. Caruman itu juga hanya terhad kepada RM80 setahun dan tawaran caruman yang dibuat pula adalah secara sukarela," katanya dalam satu kenyataan.


Keadaan itu, katanya jauh berbeza dengan majikan-majikan lain di mana setiap mereka wajib memberikan sumbangan KWSP dengan kadar yang lebih tinggi kepada pekerja tanpa ada had tahunan.


"Apa yang lebih merisaukan sekiranya berlaku kemalangan, golongan ini tidak akan mendapat pampasan yang mencukupi untuk membiayai kos perubatan dan kehilangan pendapatan.


"Bukan itu sahaja, nasib ahli keluarga mereka juga tidak akan terjaga dengan sewajarnya jika berlaku kematian atau kecacatan ke atas pemandu atau penunggang e-hailing ini.


"Selain caruman secara sukarela, terdapat juga syarikat e-hailing yang menawarkan perlindungan insurans kepada segelintir pemandu dan penunggang e-hailing. Namun begitu, proses untuk menuntut insurans adalah rumit dan mengambil masa yang agak lama. Karenah birokrasi ini akhirnya akan mendatangkan kesulitan kepada golongan tersebut.


"Oleh itu, kami berpandangan segala karenah birokrasi dalam proses menuntut insurans perlulah dikurangkan dan dipermudahkan agar urusan mereka yang terlibat berjalan lancar," katanya.


Bryan turut membangkitkan isu terma yang diguna pakai seperti kontraktor bebas dan pekerja masih perlu dibahaskan dalam perundangan Malaysia


Katannya, penunggang dan pemandu e-hailing tidak wajar kekal dianggap sebagai kontraktor bebas dan bukannya diklasifikasikan sebagai seorang pekerja yang sah di bawah peruntukan Akta Kerja 1955.


Oleh kerana itu, jelas beliau, golongan tersebut tidak mempunyai hak untuk mendakwa pihak pengurusan syarikat e-hailing ke Mahkamah Buruh sekiranya berlaku sebarang pertikaian atau ketidakadilan terhadap mereka


Bryan membawa contoh kes Uber BV lawan Aslam di Mahkamah Agung di United Kingdom (UK) yang mana Mahkamah Agung telah memutuskan agar golongan pemandu dan penunggang e-hailing ini diiktiraf sebagai pekerja kepada syarikat e-hailing.


"Keputusan ini dibuat melihatkan kepada kawalan ketat pihak syarikat terhadap perkhidmatan yang dibekalkan dalam sektor ini. Isu seperti kadar bayaran kepada pemandu, kebebasan untuk berunding dengan pelanggan serta terma kontrak yang ditetapkan oleh syarikat e-hailing perlu dituruti oleh pekerja gig.


"Oleh itu, kami berpandangan pendekatan atau keputusan tersebut juga boleh diguna pakai di Malaysia," katanya.


Beliau menggesa pihak kerajaan agar meneliti dan seterusnya mengadaptasi solusi yang terbaik melalui penggubalan undang-undang yang menyeluruh agar kebajikan golongan e-hailing lebih terbela.


"Golongan yang berkhidmat dalam sektor e-hailing ini tidak seharusnya dianaktirikan. Mereka juga harus diiktiraf sebagai pekerja agar mereka dapat menikmati perlindungan serta hak yang sama rata dengan pekerja lain di bawah kta Kerja 1955," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page