top of page

KEADILAN Sabah pegang janji, sokong Anwar calon PM



KEADILAN Sabah tetap berpegang kepada janji yang dibuat oleh Pakatan Harapan (PH) selama ini iaitu menyokong penuh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri.


Naib Pengerusi KEADILAN Sabah, Kenny Chua Teck Ho berkata pihaknya berdiri teguh bersama Anwar, biarpun Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal dicalonkan untuk jawatan itu.


"Tidak pernah ada perbalahan antara presiden parti saya dan bos saya dalam kerajaan negeri kerana rakyat sudah dijanjikan bahawa Anwar akan jadi Perdana Menteri.


"Saya hormati Shafie sebagai ketua menteri tapi sebagai ahli KEADILAN, saya setia dengan presiden saya dan rakyat memilih kita berbanding Umno dan Barisan Nasional kerana mereka mahu melihat Anwar menjadi Perdana Menteri.


"Janji adalah janji dan mesti ditepati. Apa kata rakyat jika kita gagal kotakan janji itu. Mereka mahukan pemimpin yang berintegriti tinggi dan jujur. Mereka mahu kita berpegang kepada janji," katanya dalam kenyataan.


Kenny berkata, KEADILAN enggan pisang berbuah dua kali apabila Shafie dicalonkan sebagai Perdana Menteri, terutamanya selepas berlakunya Langkah Sheraton.


"Sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), PH sudah buat perjanjian bahawa Anwar akan jadi Perdana Menteri bagi menggantikan Mahathir, tapi Langkah Sheraton berlaku bagi menghalang Anwar dari menjadi Perdana Menteri.


"Apabila Mahathir sokong Shafie jadi calon Perdana Menteri, ia dilihat sebagai satu lagi rancangan yang bukan sahaja untuk menjatuhkan kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin tapi menghalang Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.


"Presiden Parti Solidariti Tanah Airku Datuk Dr Jeffrey Kitingan pun kata tiada niat baik datang dari Mahathir apabila mahukan Shafie jadi Perdana Menteri.


"PH sudah pun berjanji dengan Anwar, kotakan sahaja janji tersebut. Kalau tidak Muhyiddin akan terus jadi Perdana Menteri sampai PRU akan datang dan masa itu biar rakyat pilih siapa yang akan mentadbir negara," katanya.


Pada masa masa, Kenny juga menganggap apa jua permainan politik, ada perkara lebih penting yang perlu ditangani dan bukan masanya untuk obses mengenai Perdana Menteri.


"Negara dan negeri Sabah sendiri menghadapi pelbagai jenis isu dan rakyat memerlukan tindakan segera kerajaan. Kita masih perangi Covid-19, ekonomi pun tidak begitu bagus dan memberi kesan kepada kehidupan rakyat.


"Masih banyak isu yang perlu ditangani, persoalan mengenai PM sepatutnya menjadi perkara terakhir dalam perbincangan. Pemimpin kena beringat mereka berkhidmat untuk rakyat, bukannya sibuk berpolitik," katanya.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page