top of page

KEADILAN Sabah menjunjung kasih Agong lawat Negeri Di Bawah Bayu



KEADILAN Sabah menjunjung kasih Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang memulakan Kembara Kenali Borneo kelmarin.


Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sabah, Datuk Dr Sangkar Rasam, kembara yang bermula semalam di Tawau dan berakhir di Kota Kinabalu pada 7 September sebelum Baginda bertolak ke Sarawak akan merapatkan lagi hubungan erat Baginda dan penduduk Sabah.


"Saya sungguh terharu atas kesudian Tuanku mencemar duli hadir ke negeri di bawah bayu ini bagi melihat sendiri dan mendekati rakyat Sabah.


"Dalam kepelbagaian kaum dan agama, kami semua menunjukkan kecintaan terhadap Tuanku sebagai Ketua Negara dan ini boleh dilihat sendiri melalui sambutan rakyat Sabah yang tidak sabar melihat Sultan kesayangan rakyat, dekat dengan mereka," katanya.


Justeru, Dr Sangkar merakamkan penghargaan dan menjunjung kasih buat Duli Yang Maha Mulia Yang diPertuan Agong serta Raja Permaisuri Agong atas lawatan berkenaan yang begitu bernilai.


"Semoga kembara Tuanku berjalan dengan lancar dan jayanya, serta senantiasa di bawah perlindungan Allah S.W.T. Rakyat Sabah akan menanti kehadiran Tuanku di sepanjang jalan Kembara Kenali Borneo Sabah," katanya lagi.

0 comments

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page