top of page

KEADILAN Perlis bantu mangsa buli tuntut keadilan

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
7 hours ago
1 min read

KEADILAN Perlis menawarkan bantuan guaman kepada keluarga seorang murid cemerlang berusia 12 tahun yang didakwa menjadi mangsa buli.


Bantuan menerusi Angkatan Muda KEADILAN (AMK) dan Biro Guaman Majlis Pimpinan Negeri (MPN) itu sebagai tanda prihatin dengan nasib murid perempuan tersebut yang kini terpaksa menggunakan kerusi roda akibat masalah saraf.


Ketua AMK Perlis, Azzin Izzad Bahanudin berkata keluarga berkenaan sebelum ini menyatakan hasrat menuntut keadilan untuk anak mereka, namun berdepan kekangan kewangan untuk mendapatkan khidmat pegu


"Kami segera menghulurkan bantuan guaman menerusi Biro Guaman MPN KEADILAN Perlis dan berharap keluarga berkenaan mendapat keadilan yang sewajarnya," dipetik laporan The Malaysia Press.


Beliau sebelumnya hadir menziarahi keluarga berkenaan bersama peguam Biro Guaman MPN KEADILAN Perlis, Ammar Muhammad.


Ibu mangsa, Norasikin Hasin, 32 sebelum ini meluahkan kesedihan apabila keadaan fizikal dan kesihatan anaknya semakin merosot selepas didakwa menjadi mangsa buli di sekolah berasrama sejak Febuari lalu.


Beliau turut menzahirkan kekecewaan terhadap sikap pihak pentadbiran sekolah serta Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) yang didakwa bersikap lepas tangan dan mendiamkan diri tanpa sebarang perkembangan lanjut berkaitan nasib anaknya itu.


"Saya sangat terkilan kerana sehingga sekarang pihak berwajib seakan memejamkan mata. Tiada wakil JPN yang datang menziarah, pihak pengetua sekolah juga terus menyepikan diri langsung tanpa sebarang penjelasan mahu pun keprihatinan," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page