top of page

KEADILAN perjuang kesaksamaan gender, menteri wanita konsisten tak bentang Akta Gangguan Seksual



KEADILAN amat konsisten memperjuangkan kesaksamaan gender dan membentangkan Pelan Tindakan Gender Negara.


Bagi Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil, sikap konsisten KEADILAN itu bertentangan dengan sikap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang konsisten tidak mahu memberikan tarikh bilakah Akta Gangguan Seksual yang telah siap didraf pada era Pakatan Harapan lalu, mahu dibentangkan di Parlimen.


"Saya lihat, kalau Wanita KEADILAN konsisten memperjuangkan isu kesaksamaan gender, Menteri Wanita dan Keluarga konsisten tidak menyatakan tarikh bila RUU Anti Gangguan Seksual akan dibentangkan di Parlimen.


"Setiap kali dia cakap dalam tahun ini, pada tahun ini, November ini, dan masih tidak ada. Beliau sahabat saya, Ahli Parlimen Titiwangsa tetapi dalam isu ini tidak patut ada kompromi kerana dengan adanya RUU tersebut isu gangguan yang berlaku dan mendatangkan kesan produktivi bagi pekerja boleh akan kita tangani dengan lebih baik," kata Fahmi dalam sidang media.


Tambah beliau, polisi kesaksamaan gender juga perlu dimaklumi dan diterima oleh parti-parti lain dalam komponen PH bagi melahirkan kekuatan mendesakan yang padu di Parlimen untuk memastikan kelulusan dasar membela wanita.


"Saya rasakan amat penting pemahaman parti-parti dalam isu gender dan Khamis ini kami akan adakan mesyuarat pertama.


"Saya cuba untuk bangkitkan perkara ini. Kita tahu ahli dalam jawatankuasa termasuk Datuk Seri Azalina, Hanna Yeoh dan lain-lain yang semestinya akan tegas memperjuangkan kesaksamaan gender.


"Saya merasakan ada beberapa perkara dari segi perundangan yang perlu diletakkan sebagai legislatif agenda untuk merapatkan jurang antara gender," katanya.


Selain itu, Fahmi turut menyentuh mengenai cuti bagi suami yang menguruskan isteri bersalin selama 3 hari yang beliau rasakan tidak cukup.


Katanya, cuti bagi suami sekurang-kurangnya seminggu sebagaimana yang diperjuangkan oleh PH dalam manifesto pilihan raya lalu.


"Saya sentuh tentang RUU yang akan memasukkan cuti bagi bapa yang kita tahu sekarang ini 3 hari. Saya sebagai Ahli Parlimen menyatakan pendirian, sebagai bapa yang ada anak kecil dan saya rasa ramai lalui, 3 hari tak cukup. Tak kan kita nak tinggalkan isteri kita menjaga anak dan membesarkan anak pada minggu pertama (kelahiran).


"Saya rasa tiga hari tak cukup, saya rasa perlu ditingkatkan. Setidak-tidaknya jadikanlah seminggu," katanya lagi.


Menurut beliau, sekiranya isu-isu berkaitan gender dan cuti bersalin ini diurus dengan baik dan menjadi dasar negara maka kaum wanita yang dijaga dengan baik mampu meningkatkan produktiviti negara berbanding sekarang yang terdedah kepada gangguan seksual dan tidak dibela dengan sewajarnya.





0 comments

留言


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page