KEADILAN, NGO edar Bakul Senyuman Ramadan di DUN Lendu


KEADILAN DUN Lendu dengan kerjasama NGO Pertubuhan Khidmat Progresif (Progresif) baru-baru ini mengedarkan sumbangan Bakul Senyuman Ramadan di sekitar kawasan Parlimen Masjid Tanah, Melaka.


Menurut kenyataan Pusat Khidmat DUN Lendu, Penyelaras KEADILAN Lendu, Asri Ibrahim bersama wakil Progresif, Ubaidillah Harith Shahrin telah menyampaikan sumbangan 30 pek makanan kepada penduduk setempat.


"Sebanyak 30 pek makanan kami sampaikan hasil daripada sumbangan mereka yang dermawan dan pemurah.


"Penerima-penerima terdiri dari lokaliti Kampung Solok Air Batu, Kampung Seri Tanjung, Kampung Lubok Redan, Taman Makmur dan Taman Sri Aman," kata kenyataan itu.


Turut sama dalam program berkenaan ialah Penyelaras KEADILAN DUN Tanjung Bidara Zainal Hassan, Penyelaras KEADILAN Dun Air Limau Sunar Misran, Naib Ketua Cabang KEADILAN Masjid Tamah Low Ah Moi, Setiausaha KEADILAN Cabang Masjid Tanah Jaffri Sharif, AJK Cabang Masjid Tanah Khairudin Ali, Timbalan AMK Masjid Tanah Sazali Mohamad dan AJK AMK Masjid Tanah, Amirul Hakimi serta saudara Azizul.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
10,710
153
5778
Total
916,561
7019
784,949

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
491,381
8,692
392,980
Total
186,407,192
4,028,301
168,805,736

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER