KEADILAN Hulu Selangor sasar rampas semula Parlimen PRU 16
- Azuan Ab Rahman

- 10 hours ago
- 1 min read

KEADILAN Cabang Hulu Selangor menzahirkan iltizam untuk merampas semula kerusi Parlimen serta menguasai tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 16.
Timbalan Ketua Cabangnya, Saifuddin Shafi Muhammad berkata, komitmen itu dicapai dalam Mesyuarat Agung Tahunan Cabang, sekali gus mencerminkan kesiapsiagaan jentera parti yang kini bersedia bekerja lebih keras di semua peringkat.
Menurut beliau, seluruh anggota perlu bergerak seiring dengan dasar parti, memperkukuh disiplin organisasi serta terus mempertahankan agenda Reformasi sebagai teras perjuangan.
"Perubahan tidak akan datang daripada seorang pemimpin sahaja, tetapi daripada keberanian kita semua untuk berdiri bersama. Sebab itu kita perlu kekal bersatu, bekerja sebagai satu pasukan dan tidak lari daripada garis perjuangan parti.
"Kita tidak sekadar menolak yang lama, kita sedang membina masa depan yang lebih adil, lebih bersih dan lebih bermaruah untuk semua," katanya.
Beliau yang juga Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN berkata, amanat Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya memperkukuh khidmat kepada rakyat dan meningkatkan kesiapsiagaan pilihanraya akan terus dijadikan panduan utama.
Sehubungan itu, usaha memperluas keahlian, memperkukuh sokongan akar umbi serta memperhebat kehadiran di lapangan akan digerakkan secara lebih agresif.
"Perjuangan ini bukan milik kita di pentas ini—ia milik setiap rakyat yang menunggu keadilan ditegakkan. Kita tidak takut kepada perubahan, kita hanya takut jika terus berdiam diri.
"Hari ini kita menanam benih perubahan. Esok, rakyat akan menuai keadilan. Selagi kita terus melangkah, selagi itu harapan tidak akan padam," ujarnya.




Comments