KEADILAN bergerak sejak dari awal penubuhannya sebagai parti berbilang kaum dan kepelbagaian itu hendaklah dipertahankan.
Perkara itu ditekankan oleh calon naib presiden, Manivanan Gowin dalam pemilihan kali ini.
Kata beliau, sekiranya seseorang pemimpin itu misalnya melakukan yang terbaik untuk masyarakat India maka mereka juga perlu melakukannya kepada kaum Melayu dan Cina.
"Parti KEADILAN ini parti berbilang kaum. Kita perlu membawa satu mesej kepelbagaian. Kalau saya boleh duduk bersama masyarakat India, memberi mereka idea dan sebagainya, saya juga mempunyai kewibawaan untuk melakukan kepada masyarakat Melayu dan Cina. Tidak boleh kita asingkan dari pandangan masyarakat. Kita wakili semua.
"Ramai anggota dari masyarakat India mereka mahu seseorang untuk luah perasaan dan duduk bincang.
"Masyakat India mereka sedang mencari pemimpin untuk bawa suara untuk didengar oleh pimpinan di peringkat pusat," katanya dalam forum Yakini Rakyat, malam tadi.
Menyenyuh mengenai Pilihan Raya Umum pula, Manivanan berpendapat hala tuju parti perlulah jelas dan mampu mengarap semula keyakinan rakyat.
"Mana mana anggota biasa pun dia telah nampak (ada masalah) kerana beberapa waktu ini kita mengalami kekalahan yang luar biasa.
"Sepatutnya 2018 kita dah menang. Jadi seharusnya mana mana yang telah menang kena kekalkan prestasi, tetapi kita jatuh menjunam. Nak bangkit balik berbeza dengan pemilihan 2018 di mana mereka seronok jadi ketua cabang, pilih geng mereka dan sebagainya. Kali ini kita tahu risiko dalam PRU akan datangm dan anggota mahu memilih pemimpin yang boleh beri kemenangan dalam PRU," katanya.
Bagaimanapun beliau menyimpan sedikit kecurigaan dengan strategi berunding. Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia itu berkata, parti perlu memndapatkan pandangan ahli akar umbi apabila mahu memilih strategi berunding.
"Sejak Langkah Sheraton ini (pertukaran kerajaan secara rundingan) tak boleh berlaku. Bincang dengan Umno, Pas. Ini macam memperlekeh kebijaksanaan pengundi.
"Mandat itu diberi kepada PH (untuk memerintah). Mana ada rakyat bagi mandat bincang dengan Pas, BN?" tanyanya.
Apa pun bagi mantan Ahli Parlimen Kapar itu, beliau mempunyai visi yang jelas sekiranya diberi mandat sebagai Naib Presiden KEADILAN pada kali ini.
Terdapat tiga perkara yang akan dilakukannya bagi memantapkan parti.
"Jika saya diberi peluang menjawat jawatan, saya anggap ia satu amanah yang besar. Perkara pertama saya dengar khususnya dari akar umbi India ialah bila dah menang lupa, tak ada interaksi. Saya ada pasukan sendiri dan boleh duduk bincang selesai masalah ini.
"Dalam setahun perlu ada perjumpaan 3 - 4 kali dengan pimpinan India. Bila kita dekati mereka, saya boleh bawa idea dan masalah ke peringkat pusat.
"Kedua, saya kena lihat semula beberapa kawasan perlu kerusi parlimen ditandingi masyarakat India di Selangor, Pulau Pinang, Kedah atau jawatan lain yang boleh memartabatkan pemimpin masyarakat India yang lama berjuang.
"Kita juga akan mendemokrasikan pendidikan. Masyarakat India kalau nak maju 90% adalah melalui pendidikan dan perniagaan. Kami akan bawa mereka bincang dan memperolehi input bernas untuk itu. Kalau minat perniagaan kita boleh beri ruang dan peluang," katanya lagi.
Comentarios