top of page

KDN tekad pastikan sekolah bebas dadah, buli, gengsterisme

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 hour ago
  • 1 min read

Kerajaan MADANI menerusi Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus komited memastikan persekitaran selamat di institusi pendidikan seluruh negara.


Menteri KDN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (gambar) berkata, sekolah perlu bebas daripada sebarang anasir negatif seperti penyalahgunaan dadah, penggunaan bahan terlarang, buli dan budaya gengsterism yang boleh menjejaskan keselamatan serta perkembangan pelajar.


Justeru pihaknya terus menjalin kerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi- agensi berkaitan membendung gejala sosial, masalah disiplin, serta gengsterisme di kawasan sekolah.


"Kita tidak mahu ada unsur gangsterism atau fahaman merbahaya seperti kebencian kaum di sekolah kerana ia sangat merbahaya dan merugikan.


"Sekolah mesti bebas dari segala unsur tidak baik dan elemen merbahaya serta keganasan melampau termasuk gangguan seksual dan pencerobohan pihak luar. Malah, kejadian pelajar bertindak bunuh diri akibat dibuli seperti yang pernah berlaku tidak seharusnya berulang, walaupun pelaku akhirnya berjaya ditahan.


"Sebab itu, KDN mengambil langkah mewujudkan Pegawai Perhubungan Sekolah di sekolah terpilih untuk menangani perkara ini," katanya dipetik media tempatan.

Saifuddin berkata begitu kepada pemberita selepas hadir ke Program Citra Negara MDN di Kolej Tingkatan Enam Tuanku Muhriz di Seremban pada Selasa.


Dalam perkembangan lain beliau menegaskan, KDN turut memandang serius sindiket penipuan dalam talian dan penggunaan akaun palsu yang semakin berleluasa kebelakangan ini.


Beliau turut mendedahkan, pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dikenal pasti antara kumpulan paling terdedah kepada sindiket penipuan dalam talian (scam) berikutan mudah terpengaruh dengan tawaran menarik diberikan sindiket berkenaan.


"Jenayah ini membabitkan penggunaan akaun keldai dan penipuan berskala besar. Apabila mangsa menyalurkan wang kepada akaun itu, sindiket berkenaan akan mengeluarkan wang terlebih dulu sebelum membayar upah," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page