KBS perlu lanjutkan kontrak ketua jurulatih sukan para negara
- Redzuan Shamsudin
- Jan 24, 2022
- 1 min read

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersama Majlis Sukan Negara (MSN) sekali lagi menjadi 'buah mulut' peminat sukan tanah air apabila memutuskan untuk tidak melanjutkan kontrak Ketua Olahraga Jurulatih Para Negara, R. Jeganathan.
Kontroversi kali ini menambahkan lagi ketidakpuasan hati peminat sukan selepas KBS menamatkan kontrak dan latihan beberapa altet profesional negara baru baru ini.
Menurut Ahli Jawatankuasa KEADILAN Cabang Rembau, Sacchi Krish, keputusan KBS dan MSN berkenaan seolah olah melupakan jasa Jeganathan, dan pada satu sisi lain sengaja mahu memundurkan kualiti atlet para yang telah dicapai negara.
"(Berdasarkan keadaan ini) pemenang pingat emas acara 100 meter T36 Sukan Paralimpik Rio 2016, Mohammad Ridzuan Puzi kelihatan cukup kecewa di atas keputusan itu ketika temuramah beliau bersama Astro Arena.
"Jasa R. Jeganathan sebagai Ketua Jurulatih Olahraga Para Negara tidak dapat disangkal sama sekali apabila berjaya melahirkan beberapa jaguh olahraga, khususnya pelari pecut para Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi sehingga muncul Juara Paralimpik dan Kejohanan Dunia Para," katanya.
Menurut Sacchi lagi, satu keputusan yang bijak perlu diambil oleh KBS dan MSN pada bulan hadapan demi mengekalkan prestasi altet para Malaysia.
Tegas beliau, jika keputusan untuk tidak melanjutkan kontrak Jeganathan diteruskan hal itu bakal memberi impak negatif kepada sukan para negara. Ia juga, kata Sacchi, boleh merencatkan persiapan atlet menuju Sukan Paralimpik 2024
"Oleh itu, saya menyeru supaya Majlis Sukan Negara mempertimbangkan rayuan Ketua Jurulatih Skuad Olahraga Para Kebangsaan itu yang bakal diputuskan pada Mesyuarat Jawatankuasa Kerja (JKK) selepas sambutan Tahun Baharu Cina," katanya lagi.
Comments