top of page

Kawalan harga: KPDN Kuala Lumpur gerak anggota buat pemantauan



Oleh: Azuan Ab Rahman


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kuala Lumpur akan menggerakkan penguatkuasa untuk melakukan pemantauan sepanjang pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baru Cina 2024


Pengarah KPDN Kuala Lumpur Ariffin Samsudin melalui satu kenyataan berkata, pelaksanaan skim itu yang bermula semalam sehingga sehingga 14 Februari ini merupakan langkah membendung kenaikan harga barangan keperluan ketika musim perayaan.


Tambahnya, anggota penguatkuasa akan melakukan pemantauan dari semasa ke semasa di lokasi yang menjadi tumpuan awam terutama pasar awam, pasar tani, pasaraya dan kedai-kedai runcit di sekitar Kuala Lumpur.


"Kementerian akan mengambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 ke atas peniaga yang cuba untuk mengambil kesempatan menjual barang-barang harga terkawal melebihi harga yang telah ditetapkan.


"KPDN Kuala Lumpur ingin menasihatkan semua peniaga agar bertimbang rasa dan menjual pada harga yang berpatutan. Sekiranya harga kos yang diperolehi menurun, peniaga amat digalakkan agar menjual pada harga yang lebih rendah daripada kebiasaan," katanya.


Melalui kenyataan tersebut beliau turut mengingatkan, mana-mana individu yang melakukan kesalahan menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum boleh denda sehingga RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000.


Tindakan turut akan dikenakan kepada mana-mana pihak peniaga yang gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan harga terkawal.


Sementara itu kenyataan tersebut turut menyenaraikan barangan bagi SHMMP Tahun Baru Cina 2024 ialah Kubis Bulat Import (Indonesia & China, tidak termasuk Kubis Beijing); Ubi Kentang Import (China); Bawang Putih (China); Halia Tua Import; Lobak Putih Import; Lobak Merah.


Selain itu, Ikan Bawal Putih (berat antara 200 gram hingga 400 gram seekor);Udang Putih (berat antara 41 hingga 60 ekor sekilogram) dan Daging Babi (Perut) dan Daging Babi (Daging dan Lemak) turut disenaraikan dalam SHMMP-TBC).


Melalui kenyataan sama, KPDN Kuala Lumpur menyeru orang awam membuat laporan sekiranya berlaku pelanggaran terhadap skim itu.


Aduan boleh dibuat melalui talian 03-4045 4680 atau melalui laman http://www.kpdn.gov.my.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page