top of page

Kerajaan Melayu Islam tapi aplikasi MySejahtera dibangunkan syarikat Amerika


Persatuan Usahawan dan Industri ICT Bumiputera Malaysia (NEF) berang dengan tindakan kerajaan Perikatan Nasional yang didakwa sering mengenepikan bakat khidmat tempatan dan Bumiputera terutama dalam industri komunikasi dan teknologi maklumat.


NEF mendedahkan aplikasi MySejahtera dibangunkan oleh KP Soft Inc, sebuah syarikat dari Amerika Syarikat; laman web Digital Education Learning Initiative Malaysia pula dianggap gagal ketengahkan kandungan digital tempatan, manakala beberapa projek di bawah Penjana termasuk projek MyFutureJobs menggunakan kepakaran syarikat Belanda.


Malah, NEF menganggap program Geran Pendigitalan SME gagal mengutamakan pembangun perisian tempatan.


Presiden NEF, Khairul Iszuddin Ismail berkata tindakan kerajaan itu secara tidak langsung membunuh syarikat teknologi tempatan.


"Ianya sepatutnya menjadi dasar kerajaan, malah negara untuk membantu

mempertahankan syarikat tempatan dan membangunkan ekonomi dalam negara.


"Lebih sedih lagi apabila ianya disokong oleh pihak kerajaan sendiri ataupun bersandarkan sokongan politik.


"Adalah tidak wajar syarikat luar negara dengan modal yang besar, mendapat pula manfaat daripada wang kerajaan dan wang cukai rakyat untuk kemajuan mereka, sedangkan syarikat tempatan yang bertarung nyawa untuk hidup terpaksa bersaing," katanya dalam kenyataan.


Pada masa sama, Khairul berpendapat bahawa terdapat banyak syarikat-syarikat tempatan yang berkebolehan dan mempunyai solusi inovasi tinggi yang mampu untuk membuat projek-projek skala besar kerajaan.


"Dasar memberi keutamaan kepada syarikat tempatan bukan sekadar dapat

memastikan projek tersebut dihasilkan dengan kualiti tinggi tetapi dapat memajukan ekonomi negara sekaligus memberi peluang pekerjaan pendapatan tinggi di

kalangan rakyat.


"Dengan kes-kes ini, malahan banyak kes-kes terdahulu, dari dulu hingga kini, kami menzahirkan rasa kecewa apabila syarikat ICT tempatan diperlakukan seperti anak tiri di dalam rumah kami sendiri," katanya.


Khairul turut menjelaskan bahawa terdapat banyak projek dan inisiatif oleh syarikat tempatan berjaya membantu kerajaan dan orang awam seperti Corona Tracker, MyBanjir, DATAS Sdn Bhd, Datang.my, aplikasi PandaI dan Bukom Cakna Austisma.


"Projek-projek ini membuktikan keupayaan syarikat dan pembangun tempatan dan kesudian mereka menyumbang tenaga dalam projek komuniti. Ini hanyalah sebahagian daripada pelbagai projek ICT oleh syarikat tempatan," katanya.


Justeru, Khairul mendesak kementerian dan agensi kerajaan yang terlibat membuat proses lebih menyeluruh supaya pemilik syarikat dimiliki sepenuhnya oleh rakyat Malaysia diberi keutamaan.


"Kerajaan perlu menggubal satu dasar rasmi untuk memberikan keutamaan kepada syarikat tempatan dalam perolehan dan pembangunan projek berasaskan ICT serta dasar rasmi untuk penggunaan perisian sumber terbuka (open source) dalam kerajaan kerana ini membantu dalam pembangunan bakat-bakat ICT dalam negara.


"Dalam dunia era digital ini, kedaulatan negara bukan sekadar terletak di perbatasan. Berhati-hati dengan dengan yang memberi, jangan sampai termakan budi.


"Sebab itu, kami lancarkan kempen #Malaysian TechFirst bagi memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia tentang isu ini," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page