top of page

Karak 'hancur' tinggal puing puing banjir, mana 'tokey balak'?



Banjir besar yang melanda Pahang, khususnya Karak pada pertengahan Disember 2021 lalu biar pun telah surut tetapi masih meninggalkan puing puing yang sukar dibersihkan biar pun menggunakan jentera berat


Tinjauan Suara Keadilan sempena program bacaan puisi anjuran Paksi semalam, mendapati masih banyak kayu kayu yang bertumpang tindih di beberapa buah kampung terjejas di Karak. Bukan sahaja rumah yang dirempuh banjir masih terlihat kesan kesan kemusnahan dan belum dibaiki kerana tuan punya menantikan bantuan, sungai dan tali air pun banyak yang belum dibersihkan daripada timbunan kayu kayan.


Dalam ucapan aktivis seni sepetang itu, mereka menyindir kepala air 'berjaya' memotong kayu balak dengan cantik sekali. Juga terdapat aktivis politik yang mengimbau cerita 'gurauan' banjir berlaku akibat naga berenang ke Laut China Selatan.


"Saya teringat cerita arwah datuk saya. Tok saya bila bercerita kami berkeliling. Cerita yang lekat dalam ingatan saya ialah banjir tahun 1926. Katanya, di tebing sungai tok memandang ke laut. Laut bukan Laut China Selatan tetapi bila air melimpah, orang nampak seperti laut. Tok nampak ada benda berkilau di tengah sungai Pahang. Kami tanya tok nampak apa? Tok nampak naga turun dari bukit Kertau berenang nak pergi ke Laut China Selatan. Maka melimpahlah air, jadi banjir.


"Tetapi tok saya tak ada cerita tentang balak (hanyut). Jadi balak ini bukan disebabkan oleh naga. Tok tak cerita balak yang cantik terpotong.


"Jadi banjir kali ini bukan disebabkan naga. Sekarang kita nak tunggu, mana pula raja balak....," kata aktivis KEADILAN Pahang, Ahmad Nizam Hamid (gambar, atas).


Beliau turut memberitahu psikologi rakyat Pahang tidak sama seperti Selangor yang mungkin menyalahkan orang lain kerana banjir. Di Pahang, katanya, rakyat memang menanti banjir pada hujung tahun, cuma tahun ini 'balak' bencana banjir lebih hebat daripada biasa.


"Kita marah dengan longgokan ini (balak). Kawan saya sebut (balak) ini bagaimana perlambangan kecintaan pemerintah kepada rakyat. Sebab orang Selangor dia tak paham psikologi orang Pahang. Kerana kami tiap tiap tahun dalam kepala hujung tahun akan banjir.


Longgokan balak yang masih bertimbun di rumah penduduk

"Tiap tiap tahun akan ada musim banjir, jadi pemerintah dia tahu tiap kali musim banjir musnah harta benda. Cuma kali ini cukup bagus dia hantar balak balak. Balak ini dihantar kepad rakyat untuk baiki rumah. Ambillah, potong, ketam dan baiki rumah kalau mahu," katanya dalam nada sinikal.


Selain Ahmad Nizam, pemimpin KEADILAN Selangor Yahya Shari juga sinis dengan pengumuman Jabatan Perhutanan Pahang yang membenarkan sesiapa mengakui balak bertumpang tindih itu milik mereka maka boleh membawa keluar selepas dibayar cukai.


Senator Ismail Yusop mempertikaikan para tokey balak kaya raya, rakyat terbiar sensara

Sementara Senator Datuk Ismail Yusop berkata, banjir balak itu adalah bukti bumi Pahang dinodai oleh tangan tangan para koruptor.


"Lihatlah bagaimana bumi ini telah dinoda oleh tangan tangan yang korup dan mereka yang terlibat ini lupa bagaimana derita rakyat akibat kerakusan mereka merompak hasil bumi," katanya.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page