top of page

Kalau PKP tidak akan dilanjutkan, apakah darurat masih perlu? - Dr Dzulkefly



Rakyat keliru berhadapan pengumumam Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia baru-baru ini bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak perlu dilanjutkan di bulan Februari.


Menurut mantan Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, tindakan tidak meneruskan PKP itu pada ketika jangkitan Covid 19 masih belum melandai menimbulkan tanda tanya.


Katanya, apakah keperluan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dibuat sebelum ini? Kemudian proklamasi darurat juga dikatakan untuk mengekang Covid. Apakah relevannya kedua-dua itu dikuatkuasakan?


"Apabila Ketua Pengarah sebut tidak akan disambung PKP - tidak tahu akan disambung PKPB dan sebagainya - tetapi pokoknya kita ingin tanya ketika mereka mereka buat PKP itu apa rasionalnya? Ketua Pengarah sebut kalau kita lanjutkan, akan menimbulkan kesan yang parah kepada ekonomi. Seolah-olah (kerajaan) tidak fikir, apa ukurannya (PKP) sebelum datangnya 4 Februari ini, dan (selepas itu) kita tidak boleh teruskan pula?


"Saya terbuka dalam hal ini. Bukan mahu menyokong Ketua Pengarah dan penghujahannya. Pokoknya saya nampak beliau amat tertekan.


"(Cuma dalam hal ini) kalaulah PKP tidak lagi diperlukan .... diadakan PKP dulu untuk kononnya (untuk membendung Covid), sehari PKP diumumkan, esoknya darurat pula. Darurat kononnya mahu kekang dan banteras penularan. Tiba-tiba Ketua Pengarah sebut tak perlu lanjut, jadi darurat macam mana?


"Kalau PKP tak perlu, yang itu (darurat) lagi tak perlu. Saya sebutkan dalam tweet saya PKP untuk menghalang rakyat bergerak, Ordinan Darurat pula untuk menghalang orang politik mengambil tindakan ke atas PM8 dan kerajaannya dari diperiksa keabsahannya," kata Dr Dzul dalam siri siaran langsung Facebook bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi.


Menurut Ahli Parlimen Kuala Selangor itu, hakikatnya kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah gagal memperbaiki kesiapsiagaan kesihatan awam ketika PKP Mac - Mei tahun lalu.


Katanya, sekiranya pelbagai langkah dan kempen yang berkesan dilakukan ketika itu, dan rakyat telah terdidik dengan SOP maka wabak Covid boleh dikawal hari ini.


Beliau juga memberi amaran bahawa vaksinasi yang sedang diusahakan kerajaan akan mengambil masa lama namun sepanjang tempoh itu kerajaan PN perlu melakukan langkah tertentu bagi memastikan tidak lebih banyak rakyat akan dijangkiti virus.


"Vaksin bukannya silver bullet. Kita perlu tahu setidaknya 18 bulan diperlukan (untuk menyuntik rakyat). Itu kalau kita mula pada bulan Mac. Tetapi untuk mencapai apa yang dikatakan di antara 75% ke 80% imunisasi masyarakat, ia memakan waktu 18 bulan.


"Sementara kita menyusun semua ini, apa akan berlaku kepada negara dan rakyat? Betul Pfizer telah mengeluarkan vaksin, Sinovac dan banyak pengeluar lain tetapi pengajarannya ialah jangan kita ambil mudah.


"Sebab itulah puncanya berlaku gelombang ketiga sehingga hari ini. Semasa gelombang kedua, dalam bulan 7 atau 8 lalu, sangat baik. Dua angka, satu angka setiap hari, tak ada jangkitan sehingga ada mengatakan Malaysia boleh survive tanpa vaksin. Begitu sekali optimisme kita.


"Tetapi sejurus kita lengah, cuai, kita terlalu awal merayakan kejayaan maka hari ini kita berdepan dengan tekanan kerana kita tidak menggunakan waktu lokcdown itu dengan baik," katanya.


Selain itu, Dr Dzul turut mengkritik Prosidur Operasi Standard (SOP) rakyat dalam menjalani PKP


Ujar beliau, peraturan yang dikeluarkan seolah-olah tidak ditimbang dari sudut sains dan menjadi bahan perdebatan dalam kalangan masyarakat awam.


"Komunikasi strategik masyarakat keliru. Kadang kala SOP bertukar apabila waktu bertukar. Dalam rumah kita sekeluarga 5 - 6 orang, masuk kereta hanya boleh dua. Apa sainsnya? Virus itu fahamkah keadaan dalam rumah dan di luar?


"Satu masa dulu sampai pukul 8 (buka kedai). Seolah-olah 8.01 malam virus akan menyerang, atau macam mana? Jadi banyak perkara-perkara yang tidak ada sainsnya," katanya lagi.


Dr Dzul menasihatkan kerajaan agar mendapatkan nasihat pakar perubatan sebelum mengeluarkan peraturan dan SOP. Lebih terbeban apabila peraturan berkenaan dilihat tidak logik dan membebankan rakyat.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page