top of page

Kaji punca banjir di Baram, hentikan aktiviti pembalakan di Sarawak


Ketua Cabang KEADILAN Baram, Roland Engan menggesa kerajaan negeri Sarawak supaya mengkaji punca banjir di beberapa kawasan di Baram.


Beliau berkata, banjir itu menyebabkan jambatan Sg Tutoh rosak disambar dan dihanyut oleh banjir deras beberapa hari yang lalu khususnya di kawasan Ulu Magoh dan Ulu Tutoh.


"KEADILAN Baram difahamkan bahawa jambatan tersebut dibina oleh pemegang konsesi balak di kawasan berkenaan.sejak puluhan tahun yang lalu untuk kemudahan pengangkutan balak.


"Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, jambatan tersebut adalah kemudahan utama bagi kerja-kerja pengangkutan bahan binaan projek Sabah Sarawak Gas Pipeline (SSGP), projek Bunut - Medamit Power Line oleh SEB dan sebagainya.


"Kemudahan jambatan tersebut telah rosak dan kini perlu dibina semula dengan segera. Ia merupakan penghubung utama jalan akses Lawas, Ulu Limbang, Ulu Magoh dan Ulu Tutoh ke Long Bedian, Long Lama dan Miri selama ini.


"KEADILAN Baram merayu agar Lembaga Kumpulan Wang Kawasan Konsesi Hutan (LKWKKH) atau Petronas atau Kerajaan Sarawak dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar mengambil tindakan segera untuk membina semula jambatan tersebut untuk keselesaan semua pihak khususnya rakyat Baram.


"KEADILAN Baram juga merayu agar kerajaan dengan segera membuat kajian terperinci tentang punca banjir yang melanda kawasan Baram pada setiap tahun khususnya pada bulan Mei. Hasil kajian ini boleh dijadikan panduan untuk rancangan penyelesaian atau mitigasi banjir pada tahun tahun akan datang," katanya.


Pada masa sama, KEADILAN Baram bersetuju dengan pendapat pakar-pakar alam sekitar, sungai dan hutan serta pihak penganjur kempen anti-pemanasan global bahawa kawasan hutan hujan tropika seperti hutan hujan tropika di Baram perlu dikekalkan atau dipulihkan melalui penanaman semula secara pertumbuhan semulajadi.


"Untuk itu, aktiviti pembalakan yang bersifat komersial dan destruktif perlu dihentikan supaya polisi pembalakan sifar (zero logging) boleh dilaksanakan dengan segera.


"Sudah sampai masanya untuk model baru pembangunan iaitu penanaman semula hutan secara semulajadi dan perniagaan karbon (carbon trading) diperkenalkan di seluruh Sarawak oleh Kerajaan Sarawak untuk menjamin alam sekitar yang bersih dan kesan negatif pembalakan terhadap rakyat pedalaman Sarawak," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page