top of page

JKSMN bersidang cari penyelesaian isu sekuriti makanan negara



Jawatankuasa Kabinet mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara (JKSMN) telah mengadakan persidangan bagi membincangkan pendekatan jangka panjang dalam menjamin kelangsungan bekalan makanan negara.


Menerusi satu kenyataan JKSM berkata, fokus diberikan kepada penguatkuasaan sekuriti makanan negara dengan mempertimbangkan faktor-faktor yang mempengaruhi sektor pertanian dan sosioekonomi.


Fokus itu bagi membolehkan langkah-langkah menghadapi ketidakpastian sekuriti makanan dirangka.


"JKSMN Kali Ke-3 ini turut memberi tumpuan memperkukuhkan sekuriti makanan negara mengambil kira faktor-faktor yang memberi kesan kepada pertanian negara seperti perubahan iklim, kekangan sumber, konflik geopolitik, kemudahsampaian makanan, jurang pendapatan dan amalan pemakanan,

"Faktor sosioekonomi seperti pendapatan penduduk, kos logistik dan harga makanan yang mempengaruhi kebolehcapaian kepada makanan yang cukup, selamat dan bernutrisi perlu diberi perhatian khusus dalam mencatur langkah menangani ketidaktentuan sekuriti makanan," ujar JKSMN.


Kenyataan itu turut memaklumkan, persidangan telah berlangsung pada Jumaat dengan dipengerusikan oleh Perdana Menteri serta dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Menteri Perladangan dan Komoditi, Menteri Kabinet dan Pegawai Kanan Kerajaan.

Sementara itu tambah JKSM, dalam usaha mempertingkatkan ekosistem agromakanan negara, tiga kertas kerja telah dikaji kerajaan bagi meningkatkan pengeluaran padi negara dengan melaksanakan lima musim tanam dalam tempoh dua tahun.


Selain itu usaha-usaha oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) juga turut diberi perhatian dalam menjamin ketersediaan bekalan makanan.


Pada masa sama, mesyuarat turut mempertimbangkan cadangan penetapan sistem penternakan tertutup untuk pengurusan ladang yang produktif dan selamat.


Kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) juga sedang berusaha untuk mengurangkan defisit perdagangan dengan memperkuat aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang pertanian, meningkatkan eksport produk pertanian bernilai tambah, dan menggalakkan pengeluaran makanan secara domestik.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page