top of page

'Jika Umno setuju, sidang Parlimen minggu depan bahas Pandora Papers'



Kenyataan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 16 Oktober lalu bahawa pihak berkuasa boleh memulakan penyiasatan ke atas skandal Pandora Papers mungkin akan merobah situasi di Parlimen pada sesi Belanjawan 2022 yang akan bermula 25 Oktober ini.


Ahli Parlimen Kapar Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid berkata demikian dalam mencelah hujah panel forum maya, Datuk Seri Kamal Amir malam tadi, yang mengesahkan Presiden Umno mahukan ketelusan dalam skandal Pandora berkenaan.


"Minggu depan kita bersidang, Pandora Papers ini boleh dibahaskan sebab Umno telah bersetuju.


"Speaker dia akan mendengar arahan dari Ketua Majlis (PM). Walau dia tidak terkongkong oleh Ketua Majlis, dia masih lagi dalam proses untuk mendapatkan restu dari Ketua Majlis.


"Ketua Majlis itu Umno (PM Ismail Sabri). Saya nampak kalau benar Umno katakan tidak ada halangan, inilah peluang terbaik minggu depan. Kita lihat perbahasan itu boleh dibuat atau tidak," kata Abdullah Sani sewaktu membincangkan isu semasa bertajuk "Apa Disebalik Pandora Papers".


Baru-baru ini, Ismail Sabri tegas berkata Kerajaan tidak akan menghalang tindakan pihak berkuasa terhadap mana-mana individu yang disebut dalam pendedahan Pandora mengenai pemilikan aset kewangan luar pesisir.


"Dalam negara (ini) kita terbuka, kalau didapati ada kes terhadap sesiapa pun, pihak berkuasa boleh mengambil tindakan. Kita terbuka dan serah kepada pihak berkuasa


"Pihak berkuasa baca semua, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baca semua baca berita yang dikeluarkan.


"Justeru, terserah kepada pihak berkuasa, kita tidak menyekat tindakan daripada pihak berkuasa kepada sesiapa, tetapi mesti ada bukti. Kalau tak ada bukti, tak bolehlah," katanya dipetik.


Bagaimanapun Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun menyulitkan usul yang dibawa oleh Ketua Pembangkang membahaskan usul Pandora Papers dengan pelbagai alasan teknikal sehingga 3 kali usul dikemukakan Datuk Seri Anwar Ibrahim ditolak.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page