top of page

Jika PN bersih apa hasil siasatan terhadap pemimpin Bersatu, Dr Latif isu kapal LCS?



Cogankata PN dalam Pilihan Raya Umum ke 15 'Bersih dan Stabil' perlu dibukikan dengan tindakan dan tidak wajar hanya tinggal di atas poster para calon sahaja.


Hal itu ditimbulkan oleh Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Atyrah Hanim Razali (gambar, tengah) yang sebelum ini pernah membuat laporan polis berhubung skandal pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pada 29 Ogos lalu.


Katanya, laporan polis yang dibuat beliau mengaitkan pemimpin Bersatu, Dr Latif Ahmad sebagaimana didedahkan dalam Laporan Audit Forensik LCS sehingga sekarang masih tidak jelas perkembangan siasatannya.


"Sehingga hari ini tiada perkembangan mahupun tindakan yang diambil terhadap Abdul Latiff Ahmad sebagai individu yang dilaporkan mempunyai kepentingan dalam syarikat yang menerima kontrak sebagaimana dinyatakan dalam laporan audit forensik, sekali gus terlibat dalam skandal LCS.


"Lebih-lebih lagi, saya dimaklumkan terdapat sekurang-kurangnya sepuluh laporan polis yang dibuat bagi menggesa siasatan dibuka terhadap skandal LCS dan individu-individu yang disebutkan melalui pelbagai sumber, termasuk dalam Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Laporan Pengauditan Forensik dan siri pendedahan Rafizi Ramli.


"Soalnya, berapakah laporan polis yang diperlukan lagi bagi membolehkan siasatan yang menyeluruh dilakukan?" tanya Atyrah dalam satu kenyataan.


Tambah beliau, selepas 80 hari laporan polis dilakukan, ternyata kegagalan kerajaan campuran PN-BN mengambil tindakan tegas melakukan siasatan terhadap Menteri Perikatan Nasional dan mantan Timbalan Menteri Pertahanan itu amat jelas menunjukkan sifat ‘bersih’ bagi koalisi PN adalah dua kali lima sahaja dengan Barisan Nasional.


"Sekiranya Perikatan Nasional benar-benar beriltizam membawa agenda antirasuah dan salah guna kuasa, iltizam ini perlulah ditunjukkan dan dipamerkan bersungguh-sungguh termasuklah dengan menggesa pemecatan Abdul Latiff Ahmad daripada kabinet sejak bulan Ogos lagi tetapi hal itu tidak berlaku," katanya


Selain itu, kata beliau kerajaan yang mengutamakan 'bersih' perlulah melindungi mana-mana pemberi maklumat atau whistleblowers yang membangkitkan salah laku, khususnya projek mega seperti LCS.


Katanya, pembocor maklumat seharusnya dilindungi. Beliau kesal di atas sikap pimpinan Perikatan Nasional yang membisu terhadap intimidasi demi intimidasi yang dikenakan terhadap dirinya, Rafizi Ramli dan rakan-rakan lain yang membangkitkan berkenaan.


"Ini menunjukkan sikap acuh tak acuh mereka dalam memerangi rasuah dan salah guna kuasa sehingga ke akarnya.


"Oleh itu, saya akan terus bersuara dari semasa ke semasa terkait isu skandal LCS yang merupakan peristiwa terburuk dalam sejarah 88 tahun sejak penubuhan TLDM," katanya lagi.


0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page