top of page

Jangan salahkan Zahid bentuk Kerajaan, Mahiaddin yang tak mahu



Hujah kempen PN kepada penyokong akar umbi UMNO sepanjang Pilihan Raya Negeri lalu boleh dianggap pembodohan minda orang Melayu ke tahap melampau.


Menurut veteran UMNO, Datuk Seri Kamal Amir, PN mentohmah kononnya Presiden BN, Datuk Seri Zahid Hamidi yang terlalu taksub mahu membentuk kerajaan dengan Pakatan Harapan (PH) sehingga memperjudikan nasib orang Melayu ke tangan DAP.


Sedangkan, katanya, Pengerusi PN, Mahiaddin Yassin yang sombong menolak membentuk kerajaan bersama PH biarpun telah ditawarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.


Berdasarkan hal itu, tegas Kamal, beliau menyokong tindakan Zahid membawa BN membentuk kerajaan bersama PH.


"Pertama sekali, kita menghormati prinsip demokrasi. PH dapat 82 kerusi. Waktu itu (selepas pilihan raya umum) PN dapat 73 kerusi. Mana lebih besar?


"Kedua, kerajaan tidak berlaku (dibentuk) kerana kebongkakkan. Tuanku dah panggil, bentuklah sebuah kerajaan. Kita lihat apa berlaku di Thailand, (selepas) 3 bulan (pilihanraya) kerajaan tak dapat diwujudkan.


"Tak kan kita nak biar rakyat merana kerana politik kita. Sebab itu saya sokong Zahid. Kalau waktu itu Tuanku panggil PH dan UMNO bentuk kerajaan, mungkin saya tak setuju.


"Tetapi Tuanku panggil (wakil PN). Tan Sri Mahiaddin sendiri buat sidang media "Saya telah dipanggil menghadap Tuanku minta diwujudkan UG (univity government). Tetapi kami menolak. Jadi apakah yang dia mahu masa itu, kerajaan lingkup?


"Apakah ini orang yang baik? Kemudian Tuanku panggil BN dan BN bersetuju kerana nak menyelamatkan negara


"Dalam hal ini jangan salahkan UMNO. Salahkan Mahiaddin kerana dia menolak tertubuhnya kerajaan PH - PN, dia menolak. Itu fakta," katanya dalam forum Borak Dahsyat bertajuk "Politik Malaysia, Apa Cerita?".


Mengenai spekulasi 7 Ahli Parlimen BN didakwa akan melompat parti atau meletak jawatan sebagai wakil rakyat bagi memberi laluan kepada pilihan raya kecil dan kemudian sekiranya menang bergabung dengan PN, Kamal berkata, propaganda itu dibuat oleh PN kerana kebanyakan pemimpin mereka 'tidak tahu mengira'.


"Kedua langkah 7. Hari ini Ahli Parlimen Putatan, dia menafikan nak meletak jawatan. Dia masih berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah.


"Tetapi kalau 7 orang boleh ke jatuh kerajaan 148 orang? (Kalau lompat) baru 141. Mereka ini kurang (cerdik). Sebab itu negara berhutang RM1.5 trilion. Hari ini baru saya tahu, mereka tak pandai mengira yang mana majoriti yang mana minioriti," kata Kamal sinis.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page