top of page

Jangan cuba politik kebencian, negara jadi huru hara - Saifuddin Nasution



Trend sebilangan ahli politik dan penyokong PN yang mahu mencuba doktrin politik kebencian selepas 50 tahun tragedi rusuhan kaum 13 Mei 1969 amat mengecewakan rakyat Malaysia yang rasional.


Bagi Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, politik kebencian tidak wajar dicuba sekali lagi dalam negara yang majmuk.


Beliau membawa contoh satu negara yang pernah musnah akibat politik kebencian antara kaum di Afrika pada 1990an lalu yang mengorban 1 juta jiwa dan bersusah payah untuk memulihkan situasi dalamannya selama berdekad dekad.


"Ini (perkauman) trend yang agak membimbangkan. Belum pernah berlaku tahap ini apabila perbezaan politik diberi konotasi agama bila kempen jadi pilihan politik penentu jalan ke syurga, neraka. Itu bahaya.


"Kebetulan baru ini saya mewakili Malaysia ke persidangan parlimen dunia di sebuah negara Afrika. Tepat bulan April 1994, selama 100 hari berlaku suatu peristiwa di mana sengketa kaum kelompok majoriti membunuh minioriti gara gara sentimen perkauman, 100 hari, sejuta korban jiwa. Kita waktu itu leka kerana berlaku perang Bosnia dan PPB tumpu ke situ.


"Bila PBB masuk (negara Afrika tersebut), pemimpin yang memainkan sentimen perkauman telah melarikan diri. Bayangkan negara ini nak bergerak ke depan. Yang menjadi mangsa, keluarganya menyimpan dendam.


"Ketika inilah pemimpin negara ini mengumpul sisa harapan. Tubuh suruhanjaya rekonsiliasi. Di kalangan yang dipenjara 20 tahun (membunuh) diberi kaunserling. Kalangan mangsa diberi kaunserling jadilah seorang pemaaf. Pembunuh dikaunserling beranikan diri minta maaf. Bayangkan keluarga di bunuh, hanya kerana kaum penduduk negara 10 juta itu, agama satu sahaja tetapi sentimen perkauman menghancurkan negara ini.


"Bila kami balik Malaysia (parlimen telah dibubarkan) kami lihat satu kesan mendalam apabila politik adu domba digunakan tanpa rasa bersalah. Ada trend kempen Melayu seolah olah melihat Cina dipisahkan dengan konotasi agama. Kafir harbi yang layak dibunuh.


"Jadi kita ajak pengundi Padang Serai tolak politik perkauman, kita tawarkan politik kasih sayang," katanya dalam kempen Pilihan Raya Kecil Padang Serai malam tadi.


Oleh itu, Saifuddin merayu agar pengundi di sana mengundi calon Pakatan Harapan, Dr Sofee Razak.


Selain menolak semarak isu perkauman, katanya, Dr Sofee juga akan menjadi wakil rakyat kerajaan dan memudahkan penduduk Padang Serai untuk berurusan dengan kerajaan Persekutuan.


"Kita nak rayu malam ini untuk tuan puan yang mengundi di Padang Serai. Kita minta supaya beri undi kepada Dr Sofee, dengan sendirinya beliau wakili Padang Serai dalam blok kerajaan.


"Apa maksudnya? Memudahkan urusan rakyat Padang Serai. Kalau pilih calon lain payah, lambat. Kalau pilih Dr Sofee, masalah apa? Luar bandar cari Datuk Zahid, kesihatan cari Dr Zaleha, ekonomi cari Rafizi. Masalah Kad Pengenalan, surat beranak, cari Saifuddin, mudah saja.


"Tugas wakil rakyat nak mudahkan urusan. Kita hantar wakil yang memudahkan penyelesaian masalah rakyat kerana PRK ini selepas kerajaan terbentuk," katanya.


Mengenai sikap pembangkang yang terus mempertikaikan pelantikan Datuk Seri Anwar sebagai Perdana Menteri ke 10, Saifuddin membidas pembangkang kerana tidak menghormati keputsuan Yang di-Pertuan Agong dan majlis Raja raja Melayu.


Katanya, Agong telah memanggil semua pihak ke Istana Negara dan kemudian pihak yang diyakini akan membentuk kerajaan dimesyuaratkan dalam kalangan Raja raja Melayu dan akhirnya keputusan dibuat untuk melantik Anwar sebagai PM 10.


"Jadi kalau ada Muhyiddin, Hadi kata kami ada 115 (sokongan Ahli Parlimen) yang itu tunggu 19 November nanti. Kita akan bawa usul Undi Percaya dalam parlimen. Itu proses dia.


"Perkara yang Muhyiddin tak pernah buat masa dia jadi PM," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page