top of page

'Jangan cuba patah balik ke BN, banyak negeri BN rakyat tak dapat skim kebajikan'



Pentadbiran Pakatan Harapan (PH) di Selangor telah terbukti kewibawaannya biar pun pada waktu pandemik Covid 19 melanda negara.


Ketua Wanita Pakatan Harapan, Aiman Athira Sabu berkata, tiada rakyat yang mendapat limpahan kebajikan begitu banyak selain di negeri yang ditadbir PH.


Oleh itu, katanya, rakyat tidak perlu termakan propaganda BN atau Pas untuk berpaling daripada PH dalam Pilihan Raya Umum ke 15


"Setelah kita menjadi kerajaan banyak penambahbaikan untuk kepentingan rakyat kita lakukan di Selangor. Tidak ada rakyat dalam mana mana negeri menerima limpahan kebajikan sebagaimana rakyat Pulau Pinang dan Selangor.


"Kita ucap tahniah kepada kerajaan Selangor walaupun politik caca marba di peringkat Persekutuan tetapi kerajaan Selangor dapat berfungsi dengan baik. Pelbagai program kebajikan dan merakyat terus dilakukan.


"Selangor saya pesan jangan cuba cuba untuk patah balik kepada BN. Jangan cuba, sebab banyak lagi negeri di bawah BN masih belum dapat apa apa," katanya dalam ceramah Jelajah Harapan, malam tadi.


Beliau juga menyentuh mengenai akta anti lompat parti yang baharu diluluskan di Parlimen beberapa hari lalu.


Kelulusan itu, kata Aiman kerana desakan PH. Tanpa PH, ujar beliau pembaharuan politik tidak akan berlaku di Malaysia.


"Kita berusaha walau 22 bulan kita memerintah lakukan penambahbaikan. Walaupun sekarang kita telah bergelar pembangkang tetapi 15 daripda 18 MoU telah berjaya kita laksanakan. Antaranya kita meluluskan akta lompat parti. Ini kejayaan iltizam PH.


"Mahu mengharap Umno, kalau sungguh nak buat dah lama mereka buat. Mereka memerintah 60 tahun tetapi Umno BN tidak pernah melakukannya," kata beliau.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page