top of page

Isu azan surau P Pinang selesai: MAINPP akan terus pantau



Isu pembesar suara azan surau pangsapuri Tri Pinnacle, Tanjung Tokong, Pulau Pinang yang menjadi kontroversi baru-baru ini dianggap selesai.


Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Ir. Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman berkata isu itu diselesaikan dengan baik oleh semua pihak sama ada dari pihak pengurusan mahupun pihak surau terlibat.


"Bagi menyelesaikan isu tersebut dengan segera, Pejabat Agama Daerah Timur Laut (DTL) telah mengadakan satu mesyuarat pada 10 Mei lalu yang melibatkan JMB (Badan Pengurusan Bersama) Tri Pinnacle serta Ahli Jawatankuasa Surau Tri Pinnacle bagi menjernihkan kekeliruan yang timbul di antara kedua-dua belah pihak.


"Saya ingin menegaskan bahawa isu pembesar suara azan telahpun diselesaikan dengan solusi yang terbaik manakala isu-isu lain juga hampir diselesaikan sepenuhnya melalui perbincangan," jelas Ahmad Zaliyuddin juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) dalam satu sidang media pada Selasa.


Turut hadir, Pengerusi Badan Pengurusan Bersama (JMB) Tri Pinnacle, Alex Low, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor serta Pengerusi Surau Saidina Umar, Muhammad Nasir Abdul Majid.


Terdahulu pihak JMB kondominium berkenaan dipercayai melarang pihak surau berkenaan menggunakan dua pembesar suara bersaiz besar di luar surau untuk kegunaan azan sebaliknya hanya menggunakan pembesar suara bersaiz kecil di dalam surau sahaja.


Perkara itu menimbulkan ketidakpuasan hati terhadap beberapa penduduk kondominium yang menyifatkan larangan itu sebagai mengganggu keharmonian dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama.


Walau bagaimanapun Pengerusi Badan Pengurusan Bersama (JMB) Tri Pinnacle, Alex Low kemudian memohon maaf secara terbuka kepada semua penduduk Muslim di kondominium tersebut berhubung isu kontroversi berkenaan.


Beliau berkata, pihaknya tidak berniat untuk melarang laungan azan di Surau Saidina Umar yang terletak di blok A kondominium tersebut.


"Kami faham dan hormat agama Islam sebagai agama rasmi di negara kita. Kami juga jelas bahawa azan dilaungkan untuk memanggil umat Islam untuk menunaikan solat," katanya.


Sementara itu Ahmad Zakiyuddin yang juga Exco Hal Ehwal Agama Islam, menzahirkan rasa kesal apabila pihak MAINPP mendapati wujud sebuah video yang dikatakan sengaja ditularkan sehingga menimbulkan kekeliruan yang melampau.


"Video yang ditularkan itu tidak menampakkan kejujuran dan dikeluarkan dengan niat yang tidak baik.


"Azan di surau di sini masih berkumandang, tidak ada masalah, cuma apa yang kami ralat isu ini disalaherti sehingga menimbulkan implikasi bahawa azan tidak dibenarkan.


"Isu ini bagaimanapun masih dalam pemantauan malah azan tidak pernah dihentikan di surau di sini," katanya pada sidang media.


Menurut Ahmad Zakiyuddin dalam kenyataan medianya, pihak MAINPP telah sekian lama menguatkuasakan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil.3/2015 (2 Julai 2015) yang menyebut : ”Penggunaan pembesar suara di luar masjid dan surau dibenarkan bagi kegunaan azan dan iqamah sahaja.”


Sehubungan itu, pihak MAINPP menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada seorang pengamal media sosial yang memuat naik kandungan mengelirukan umat Islam Pulau Pinang.


"MAINPP menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada Mohd Sophian, menurunkan segala video berunsur hasutan dan mengeluarkan satu video permohonan maaf kepada umat Islam demi menjernihkan persepsi negatif yang telah tersebar di negara ini. Pihak MAINPP akan mengkaji dan menyemak undang-undang yang berkaitan dalam menangani isu ini jika ada keperluan," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page