Isu arak jenama Timah yang dipanaskan oleh sesetengah pihak sehingga ucapan Ahli Parlimen Tangga Batu, Rusnah Alui disalah tafsir tidak sewajarnya berlaku.
Perbahasan di Dewan Rakyat kelmarin bukanlah berkenaan wanita tetapi isu Akta Perihal Dagangan dan jenama yang mengelirukan serta tindakan kementerian menanganinya
Bagaimanapun, Rusnah memohon maaf kepada pihak-pihak yang menanggapi isu tersebut berlainan daripada maksud yang beliau bahaskan di dewan.
"Saya meneliti respons dan maklum balas terhadap ucapan saya di Parlimen berhubung isu Timah tempoh hari.
"Walaupun niat asal saya adalah untuk memastikan tidak timbul kekeliruan berkait label tersebut, ucapan saya telah disalah ertikan
"Oleh itu, kepada pihak pihak yang tersinggung akan ucapan tersebut saya memohon maaf," katanya dalam satu kenyataan
Kelmarin, Rusnah dalam sesi celahan di dewan membahaskan isu menyangkut kekeliruan pada jenama dan tugas kementerian telah membawa contoh arak jenama Timah yang pada labelnya seolah-olah seorang muslim berkopiah manakala nama Timah pula merupakan nama biasa wanita Melayu.
"Bila sebut mengelirukan saya mahu menekankan perkataan jenama Timah, benar-benar mengelirukan, disertai gambar Kapten Speedy yang memakai kopiah. Tidak adakah gambar Kapten Speedy memakai topi?
"Timah ini tidak bolehkah kita panggil jenama yang lain, The Mines ke apa? Lagi satu ia merupakan satu perkara yang tidak bagus untuk wanita apabila dibayangkan Timah itu wanita Melayu, Kak Timah, Mak Timah, Makcik Timah. Apabila kita minum wiski itu seolah kita meminum wanita Melayu," katanya ketika mencelah perbahasan di Dewan Rakyat.
コメント