top of page

Isu air bersih Kelantan selesai 30 tahun, pembahagian kerusi 'goyahkan' Pas?


Setelah enam bulan Pas berada dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN), rakyat Kelantan mula melihat betapa lembabnya prestasi menteri-menteri dari parti Islam itu.


Bukan sahaja tiada peruntukan baharu yang dibawa balik ke Kelantan malah Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dari Pas yang sepatutnya meluluskan peruntukan segera, membayangkan masalah air di negeri itu hanya boleh selesai sepenuhnya dalam 3 dekad.


Bagi Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Kelantan, Datuk Seri Mohamad Supardi Md Noor, pemimpin Pas perlu 'diajar' dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 kerana mereka menganggap rakyat negeri itu sentiasa walak biar apa pun alasan mengarut yang diberikan.


"Pemimpin Pas tahu mereka ada pengundi walak atau totok yang menyokong mereka. Tak kira apa sahaja isu, walaupun tak masuk akal pengundi akan terima. Sebab itu pemimpin Pas seperti Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man boleh kata masalah air di Kelantan (hanya) dapat diselesaikan dalam tempoh 30 hingga 40 tahun akan datang.


"Rakyat Kelantan sebenarnya terkejut dengan kenyataan tersebut. Bayangkan ambil masa berpuluh tahun nak selesai masalah yang tak pernah diselesaikan. Sebab apa? Sebab mereka tahu tak ada yang akan melawan cakap Pas.


"Yang buka minda dan mengikut logik akal adalah anak-anak muda yang tinggal di luar Kelantan. Sekali balik Kelantan isu air masih tak selesai. Dan saya rasa nak tunggu 40 tahun lagi, yang nak selesai masalah air itu (menteri) entah ada (lagi) ke tak ada," katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.


Selain itu, Supardi juga kehairanan melihat sikap tiga pemimpin Pas Kelantan yang diangkat menjadi menteri dan timbalan menteri Persekutuan seolah-olah tidak cakna kepada derita rakyat. Mereka tidak mengumumkan sebarang langkah pembaikan insfrastruktur secara berperingkat.


Menurut Supardi, jika Kerajaan Persekutuan tiada dana membaiki sekali gus kemudahan asas rakyat namun usaha harus dilakukan secara fasa demi fasa.


"Kalau nak selesai masalah buat secara peringkat demi peringkat. Dengan begitu rakyat Kelantan nampak apa yang Pas lakukan untuk pengundi-pengundi mereka sebelum ini.


"Sebenarnya rakyat Kelantan sudah mula buka minda. Berpuluh tahun Pas memerintah bukan tak ada sebarang pembangunan, cuma tak dibuat secara total seperti apa yang dijanjikan," katanya.


Mengulas mengenai pembahagian kerusi menjelang PRU pula, Supardi berpendapat keadaan akan menjadi sukar sebaik sahaja rundingan bermula kerana Muafakat Nasional (MN) hanya diterima baik dalam kalangan pemimpin Pas dan Umno tetapi tidak oleh ahli-ahli akar umbi.


"Dalam MN kita nampak sukar. Kawasan kubu kuat Pas takkan bagi pada Umno. (Jika diberi) ini akan menyebabkan mereka bergaduh dan berlaku perebutan kuasa.


"Sebenarnya kalau kita tengok di kedai kopi, penyokong Pas mereka duduk bersembang, mereka tak boleh kerjasama dengan Umno.


"Pas dan Umno bergabung di peringkat kepimpinan sahaja bukan di peringkat akar umbi. Ahli Pas tak boleh terima MN dan perkara ini akan jadi masalah pada mereka.


"Sebagai contoh Pilihan Raya Kecil DUN Chini (Pahang), ramai penyokong Pas tak keluar mengundi kerana mereka tidak bersetuju dengan gabungan tersebut, apatah lagi di Kelantan dan Terengganu, akan berlaku ketidakpuasan hati di antara penyokong kedua-dua parti ini.


"Berpuluh tahun Pas ajar untuk benci dan tak sokong pemimpin Umno, apa yang berkaitan Umno itu adalah haram kerana mereka tidak ikut perjuangan Islam," sinisnya.


Pertikaian pembahgian kerusi antara komponen MN menjadi perhatian penganalisis politik terutama di Pantai Timur yang terkenal dengan budaya kafir-mengkafir antara penyokong kedua-dua parti.


Sejak ura-ura PRU 15 akan diadakan pada tahun ini, penyokong kedua-dua parti mula mempertahankan kawasan masing-masing daripada diserahkan kepada sekutu dalam MN.


Keadaan bertambah tegang apabila Bersatu yang dipimpin Muhyiddin Yassin pula mahu mendapatkan beberapa kerusi parlimen dan DUN di Kelantan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page