top of page

Israel kalah: 'Dari sungai ke laut, Palestin akan merdeka'



Israel telah pun kalah dalam peperangan melawan sayap bersenjata Hamas di Gaza, Palestin.


Bagi Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, misi Israel untuk berperang selama dua atau tiga minggu dan menguasai semua ceruk Gaza telah bertukar menjadi malapetaka apabila perang berlarutan hampir 3 bulan dan Hamas masih boleh membunuh tentera zionis dengan mudah di mana mana kawasan di Gaza.


"Sebenarnya Israel telah kalah. Mereka bertarung dengan Hamas, kumpulan jihad (al Qasam) dan Hisbollah.


"Kumpulan ini bukan ada negara. Mereka hanya pertubuhan, mereka nak lanyak Hamas dalam masa seminggu atau dua. Sekarang sudah masuk 3 bulan Hamas tidak dapat dikalahkan. Siapa yang mereka bunuh? Kanak kanak, wanita. Lebih kurang 22,000 penduduk Gaza dibunuh. 2/3 adalah kanak kanak dan wanita.


"Mereka tidak dapat membunuh atau mengalahkan pejuang Hamas," katanya dalam ceramah grand finale 'Kepung Demi Palestin' di luar kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Kuala Lumpur yang berlarutan sejak 5 hari lalu dan tamat malam tadi.


Tegas Presiden Amanah itu, hanya dengan sokongan senjata dan moral dari AS dan negara Eropah sahaja Israel masih mampu berperang.


Mohamad menyelar AS kerana mahu meneruskan perang menggunakan senjatanya menghadapi gerakan kemerdekaan seperti Hamas dan bukannya berperang menentang negara setanding seperti Rusia atau China.


Beliau juga mengalu alukan sokongan negara bukan Islam seperti Afrika Selatan yang lebih lantang daripada sesetengah negara Islam dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin


"Kalau tak ada Amerika dan suku sakat di Eropah, Israel telah lama lenyap. Dan negara yang keras dan terang sokong Palestin kini Iran dan Afrika Selatan.


"Malu kita Afrika Selatan, penduduknya majoriti bukan Islam tetapi menentang dasar apartheid begitu lama, sehingga Mandela membebaskan bumi Afrika dari dasar apartheid.


"Dasar itulah yang berjalan di Israel sekarang ini. Maka pemimpin Afrika Selatan yang bukan beragama Islam mengatakan negara Palestin dari 'river to the sea' (From the river to the sea, Palestine will be free!), mereka telah lama mengalami pemerintahan apartheid.


"Sekarang saya berterima kasih kepada penduduk negara Eropah dan Amerika. Mereka tak peduli sikap kerajaan mereka. Rakyat Eropah bangun secara besar besaran menolak kekejaman Israel. Bayangkan demonstrasi di London mencapai 700,000 orang, berarak lima batu. Mereka mengatakan cease-fire now," katanya.


Perhimpunan malam tadi juga dihadiri banyak pemimpin NGO yang bersolidariti menentang kekejaman Israel. Kepung Demi Palestin dianjurkan oleh sekumpulan 48 NGO termasuk parti parti politik kerajaan seperti KEADILAN, AMANAH, UMNO dan sebagainya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page