top of page

Hukuman penjara 7 hari ke atas Maria Chin mengejutkan - Ahli Parlimen PH



Hukuman penjara 7 hari yang dijatuhkan ke atas Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah disifatkan oleh Ahli ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) sebagai mengejutkan.


Menurut kenyataan 76 Ahli Parlimen PH, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur tidak sewajarnya menjatuhkan hukuman penjara ke atas Ahli Parlimen yang menjalankan tugas mereka dalam menegur sistem kehakiman.


"Maria dijatuhi hukuman penjara kerana didiapati menghina mahkamah selepas dia mengeluarkan kenyataan pada 5 September 2019 yang mengatakan bahawa wanita Islam masih didiskriminasi di bawah sistem perundangan syariah. Kenyataan ini dilaporkan "menghina" sistem kehakiman Syariah.


"Kenyataan Maria dibuat berhubung hukuman penjara 7 hari yang diperintahkan oleh hakim yang sama terhadap ibu tunggal Emilia Hanafi, yang didapati bersalah menghina mahkamah sebelum itu," kata kenyataan tersebut.


Namun tegas Ahli Parlimen PH, pembelaan Maria ke atas ibu tersebut adalah wajar memandangkan wanita itu mempunyai hak yang sah terhadap penjagaan anak-anaknya.


Atas permintaan anak-anaknya sendiri, wanita itu telah menghantar satu surat untuk menukar tarikh lawatan kepada bapa mereka melalui peguamnya supaya dapat menghadiri satu aktiviti keagamaan. Dia telah berjanji untuk menggantikan tarikh lawatan pada minggu sejurus selepas itu.


Walau bagaimanapun, kata kenyataan itu, mahkamah mendapati Emilia melanggar perintah mahkamah dan menjatuhkan hukuman penjara 7 hari.


"Kenyataan Maria pula menimbulkan persoalan tentang hukuman penjara tidak seimbang yang dikenakan terhadap isteri kerana hanya menukar tarikh lawatan dengan notis penuh kepada suami. Beliau juga telah membangkitkan isu diskriminasi dalam sistem syariah terhadap wanita kerana dalam 30 tahun aktivisme, beliau telah menyaksikan banyak kes di mana ramai wanita Islam yang bercerai terpaksa melalui kesusahan dalam perjuangan mereka untuk mencari keadilan.


"Walaupun kita menghormati keputusan mahkamah syariah, mana-mana sistem perundangan, sivil atau syariah, harus terbuka kepada kritikan yang membangkitkan apa yang dilihat sebagai masalah institusi. Penghakiman terhadap kes juga merupakan perkara yang berkepentingan awam dan boleh diulas oleh sesiapa sahaja mengikut hak kebebasan bersuara yang dijamin oleh perlembagaan.


"Lebih-lebih lagi seorang seperti Maria yang mempunyai amanah untuk menjalankan tugas awam sebagai Ahli Parlimen. Komennya tidak berbahasa kesat atau berniat jahat. Ianya jelas dilakukan dengan niat baik dengan pandangan sistem perundangan syariah dan badan-badan lain akan mencari penyelesaian," kata Ahli Parlimen PH.


Menurut mereka, hakim-hakim sama sekali tidak terlepas daripada kritikan awam dan akauntabiliti kepada masyarakat yang mereka berkhidmat, agar dapat melahirkan keyakinan terhadap badan kehakiman.


Hukuman penjara 7 hari Maria juga menimbulkan persoalan serius tentang ketidakwajaran prosedur. Hukuman penjara yang dijatuhkan ke atasnya tanpa kehadiran juga adalah salah dan didakwa bercanggah dengan peruntukan undang-undang sedia ada mengenai penjatuhan hukuman.


"Kami sukacita mengetahui hukuman terhadap YB Maria ditangguhkan sementara menunggu rayuan. Kami akan menyokong YB Maria dalam melaksanakan hak kebebasan bersuara beliau dalam membangkitkan perkara-perkara yang mempunyai kepentingan awam yang jelas walaupun kritikal terhadap sistem kehakiman syariah, sama seperti yang kami lakukan ketika berdepan dengan subjek sistem sivil," kata kenyataan itu lagi.


Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh 76 Ahli Parlimen PH dari KEADILAN, DAP, Amanah dan UPKO.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page