top of page

Hina Agong: AMK P Pinang buat laporan gesa polis ambil tindakan



Oleh: Abdullah Zaid


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pulau Pinang membuat laporan polis terhadap seorang pemilik akaun Facebook yang membuat hantaran didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Sultan Ibrahim malam tadi.


Ketua AMK Tasek Gelugor, Nur Mushawwir Hrsikesa Thaichana Muruthi berkata, entri dimuat naik oleh individu bernama Hezry Yasin yang didakwa sebagai Ketua Pengarah Media Pemuda Pas Selangor itu merupakan satu tindakan keterlaluan dan melampau.


"Kami di sini menyelar tindakan individu bernama Hezry Yasin yang membuat satu hantaran di Facebooknya menyentuh isu 3R iaitu "Royal Institution".


"Laporan polis dibuat untuk memberi satu pengajaran kepada semua pemain-pemain politik agar elakkan dari cuba menyentuh atau menggunakan isu 3R sebagai senjata dalam serangan politik," katanya dalam satu kenyataan.


Jelasnya, peranan Agong selaku ketua negara sewajarnya dihormati oleh semua pihak dengan tidak membuat apa-apa tindakan yang menimbulkan provokasi terhadap sistem Raja Berperlembagaan itu.


"Justeru kami mohon pihak berkuasa dapat mengambil tindakan kepada sesiapa sahaja pemain-pemain politik yang cuba menggunakan isu 3R, tidak kira mana-mana parti sekalipun kerana tindakan ini boleh menyebabkan ketegangan.


"Oleh itu, kami menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa agar tindakan diambil terhadap pemilik akaun FB bernama Henzry Yasin, walaupun kenyataan maaf telah dibuat sejurus selepas mendapat kecaman netizen.


"Permohonan maaf sahaja tidak memadai sebaliknya tindakan tegas perlu diambil bagi menoktahkan permainan isu 3R oleh mana-mana pihak," ujarnya.


Terdahulu, Hezry Yasin menyatakan bahawa beliau tidak menadah tangan ketika doa dibacakan untuk sultan dan Agong sewaktu solat Jumaat di sebuah masjid di Johor, baru-baru ini.


Beliau juga mendakwa doanya hanya diberi kepada pemimpin yang meletakkan agama sebagai nombor satu dan memperjuang serta mempertahan Islam ketika agama diancam.


Tindakan beliau itu dilihat seolah-olah memperkecilkan peranan Raja-Raja Melayu selaku Ketua Agama Islam di negara ini.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page