top of page

Hentikan intimidasi, cengkam kebebasan bersuara Ahli Parlimen Pembangkang




Siri siasatan berterusan terhadap Ahli-Ahli Parlimen Pembangkang sejak kebelakangan ini kelihatan menjurus ke arah intimidasi dan melanggar hak kebebasan bersuara di Malaysia.


Sehubungan itu, Majlis Setiausaha Pakatan Harapan memandang serius tindakan pihak berkuasa menyoal-siasat Ahli-Ahli Parlimen berkenaan serta mengecam sikap media massa pro Perikatan Nasional (PN) yang menyiarkan laporan-laporan berita menimbulkan persepsi tertentu terhadap individu-individu disiasat.


"Majlis Setiausaha berpandangan bahawa tindakan-tindakan ini adalah satu bentuk intimidasi terhadap musuh politik. Kami mengecam keras tindakan-tindakan intimidasi ini.


"Pihak Kerajaan PN seharusnya lebih matang dan terbuka dalam menangani pendirian politik yang berbeza dari yang dipegang PN itu sendiri. Tindakan-tindakan intimidasi seperti ini hanya akan mewujudkan persepsi negatif terhadap politik dan demokrasi Malaysia di mata dunia," kata mereka dalam satu kenyataan bersama.


Majlis Setiausaha juga menggesa agar tindakan-tindakan intimidasi tersebut dihentikan serta-merta bagi membenarkan Ahli-Ahli Parlimen menjalanlan tugas mereka tanpa berasa ragu dan terancam.


"Demokrasi di Malaysia harus dipertahan dan diselamatkan dari pihak yang ingin merosakkan keadaan demi kepentingan peribadi dan kelompok politik mereka," tegas kenyataan itu lagi.


Kenyataan berkenaan dikeluarkan oleh Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mewakili KEADILAN, Khalid Samad (AMANAH) dan Anthony Loke (DAP).


Sejak dua minggu lalu beberapa Ahli Parlimen PH telah pun dipanggil untuk disoal siasat. Antaranya Hannah Yeoh, Sivarasa Rasiah, Dr Xavier Jayakumar dan Syed Sadiq Syed Abdul Rahman.




0 comments

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page